awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penyediaan perkhidmatan transit aliran automatik di Putrajaya tidak diteruskan
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terjun dalam tangki air elak dicekup polis

Sinar Harian
Sinar Harian
22/02/2022
21:42 MYT
Terjun dalam tangki air elak dicekup polis
Bomba mengeluarkan lelaki yang berada dalam tangki air di rumah keluarganya di Kampung Bukit Cherakah di sini pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KUALA SELANGOR: Gara-gara bimbang dicekup polis, seorang lelaki bertindak terjun ke dalam tangki air di atas rumah keluarganya di Kampung Bukit Cherakah di sini pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.12 petang.
Menurutnya, seramai enam anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikerah ke lokasi kejadian.
"Kita berjaya mengeluarkan lelaki itu dalam tempoh 40 minit dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.15 petang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, berdasarkan maklumat awal, lelaki yang mempunyai masalah mental berusia 29 tahun itu dipercayai mengamuk di rumah keluarganya.
"Ahli keluarga kemudian menghubungi polis dan lelaki itu bertindak lari lalu terjun ke dalam tangki air," ujarnya.
Beliau memberitahu, polis kemudian meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan lelaki terbabit.
"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis dan pegawai perubatan untuk tindakan lanjut," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#tangki air
#bomba
#Norazam Khamis
#masalah mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan