awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terjun tingkat lapan selepas bunuh teman wanita

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/09/2022
16:02 MYT
Terjun tingkat lapan selepas bunuh teman wanita
Seorang lelaki dipercayai bertindak menikam teman wanitanya sebelum terjun dari tingkat lapan pangsapuri Taman Kilangin di Jalan Sungai Pinang, George Town petang Khamis. - Foto ihsan pembaca
GEORGE TOWN: Seorang lelaki dipercayai bertindak menikam teman wanitanya sebelum terjun dari tingkat lapan pangsapuri Taman Kilangin di Jalan Sungai Pinang, George Town petang Khamis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan V. Saravanan berkata kedua-dua mangsa yang dipercayai warga Myanmar itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut saksi kejadian, ketika kejadian, wanita tersebut baru pulang dari kerja apabila suspek secara tiba-tiba muncul dan terus memeluk mangsa lalu menikamnya, kata Saravanan.
"Mangsa baru balik dari tempat kerja, semasa sampai di tingkat lapan, tiba-tiba suspek datang terus dan memeluk mangsa dari belakang sambil menutup mulut mangsa dan terus tikam mangsa di bahagian perut beberapa kali dengan senjata pisau.
"Saksi cuba menyelamatkan mangsa namun ditolak oleh suspek. Suspek kemudian terus terjun ke bawah dan ditemui mati," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, pada Khamis
Terdahulu penduduk di kawasan berkenaan gempar selepas menemui mayat wanita dan lelaki di dua kawasan di bangunan berkenaan kira kira jam 8 malam.
Mayat lelaki ditemui di kawasan parkir kediaman itu dalam keadaan tercucuk besi pada bahagian depan badannya.
Manakala, mayat wanita pula ditemui di kawasan koridor kediaman di aras lapan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.
Difahamkan, lelaki terbabit nekad terjun dari tingkat lapan pangsapuri berkenaan selepas dipercayai menikam mangsa yang dipercayai teman wanitanya sehingga maut.

Befrienders
Befrienders
Topic Berkaitan
#bunuh teman wanita
#terjun tingkat lapan
#Taman Kilangin
#Jalan Sungai Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan