awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir Hulu Langat: Polis tutup sementara laluan di Sungai Serai dan Nanding

Bernama
Bernama
04/12/2025
03:30 MYT
[TERKINI] Banjir Hulu Langat: Polis tutup sementara laluan di Sungai Serai dan Nanding
Penduduk meredah banjir di jalan utama di Kampung Sungai Serai ketika tinjauan Bernama hari ini. Hujan lebat berterusan sejak lewat malam tadi, menyebabkan beberapa laluan utama dan kediaman penduduk terjejas. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menutup sementara dua laluan di kawasan Sungai Serai dan Nanding, Hulu Langat, Selangor yang terjejas akibat banjir berikutan hujan berterusan sejak awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian banjir itu pada 6.18 pagi.
"Laluan itu ditutup sementara kerana paras air semakin meningkat dan kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata. paras air di Batu 18, Hulu Langat menunjukkan penurunan manakala di kawasan Batu 14 masih dinaiki air dan pihaknya telah menempatkan anggota untuk memantau situasi itu.
Naazron berkata, polis bersama penduduk turut membantu menghantar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil dan SMK Dusun Nanding berikutan laluan ke sekolah terbabit dinaiki air.
"Setakat ini semua calon SPM di kawasan yang terjejas sudah dihantar ke pusat peperiksaan dan dalam proses menghantar seorang lagi calon," katanya.
Beliau berkata, pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan terbabit telah diaktifkan dan menasihatkan penduduk yang terjejas banjir supaya segera berpindah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir Hulu Langat
#polis tutup laluan
#hujan berterusan
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan