awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM selesai beri keterangan - Azam Baki
ERA perkenal barisan penyampai baharu untuk tahun ini
Proses pengantaraan gagal, saman fitnah Teresa-Akmal dibicarakan Februari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir: Kelantan catat jumlah mangsa tertinggi, lebih 10,000 keluarga terjejas

Faida Rahim
Faida Rahim
26/11/2025
22:30 MYT
[TERKINI] Banjir: Kelantan catat jumlah mangsa tertinggi, lebih 10,000 keluarga terjejas
Kenderaan berat melalui raya yang dilimpahi air di Jalan Paloh Rawa - Kampung Pek, Machang, 26 Nov 2025. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri dilaporkan terus meningkat kepada 29,402 orang membabitkan 10,197 keluarga setakat jam 6 pagi ini.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 10,952 orang yang kini ditempatkan di 66 pusat pemindahan sementara (PPS).
Daerah yang terjejas termasuk Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Tanah Merah membabitkan 4,113 keluarga.
Dalam pada itu, Perak menjadi negeri kedua paling terjejas dengan 5,237 mangsa yang berlindung di 46 PPS di Bagan Datuk, Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak, Larut, Matang dan Selama.
Terengganu pula merekodkan 3,488 mangsa yang dipindahkan ke 45 PPS di daerah Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu, manakala Kedah mencatatkan 4,282 mangsa di 23 PPS di daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
Keadaan banjir di Perlis terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa iaitu 2,944 orang daripada 1,081 keluarga membabitkan di daerah Kangar, Padang Besar dan Arau.
Sementara itu, Selangor mencatatkan 2,445 mangsa daripada 637 keluarga yang kini berada di 15 PPS di Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Langat dan Klang.
Di Sarawak, jumlah mangsa kekal 28 orang membabitkan enam keluarga dan ditempatkan di satu PPS di daerah Miri.
Pihak berkuasa terus memantau keadaan cuaca dan paras air sungai di kawasan berisiko, selain menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan keselamatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#banjir
#PPS
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan