awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI: Buaya masih bebas, Taman Tasik Shah Alam Seksyen 7 ditutup sementara

Astro Awani
Astro Awani
04/09/2024
13:10 MYT
TERKINI: Buaya masih bebas, Taman Tasik Shah Alam Seksyen 7 ditutup sementara
PERHILITAN Selangor memberi pengesahan pihaknya sedang giat melakukan pemantauan di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam susulan kemunculan seekor buaya di kawasan berkenaan. - Sumber foto FB MBSA
KUALA LUMPUR: Kawasan sekitar Taman Tasik Shah Alam di Seksyen 7 ditutup sementara mulai malam ini bagi memberi laluan kepada operasi menangkap buaya oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor.
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan, penutupan sementara itu bermula jam 8 malam hingga 7 pagi dan akan dilaksanakan sehingga reptilia itu ditangkap.
"Dalam usaha untuk menjayakan operasi penangkapan buaya oleh pihak Perlihitan, aktiviti berjoging dan memancing adalah tidak dibenarkan sementara di sekeliling Tasik Seksyen 7, Shah Alam bermula 8 malam hingga 7 pagi," menurut kenyataan itu.
https://www.facebook.com/shahalamcitycouncil/posts/pfbid0H2MvQE9ycvoXt6gAYJJLGZBKSh1wsZZ3xJsBrB8WVsrrtWd4jwMRUt5e5Esiea99l
Sebelum ini, PERHILITAN Selangor memberi pengesahan pihaknya sedang giat melakukan pemantauan di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam susulan kemunculan seekor buaya di kawasan berkenaan.
Ketua Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh pada Selasa. berkata setakat ini reptilia tersebut belum berjaya ditangkap dan pihaknya akan meneruskan usaha dengan memasang perangkap di lokasi itu.
PERHILITAN Selangor telah mula memantau lokasi kejadian sejak petang Isnin. Sehubungan itu, imej dron agensi berkenaan turut berjaya mengesan kehadiran reptilia sekitar 5 petang, Selasa.
Topic Berkaitan
#buaya di Taman Tasik Seksyen 7
#buaya di Taman Tasik Seksyen Shah Alam
#Majlis Bandaraya Shah Alam
#MBSA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan