NATIONAL
TERKINI HAJI 2025: 95 peratus khemah siap di Arafah

Pemasangan khemah di Arafah siap 95 peratus dan dijangka lengkap sepenuhnya dalam tempoh tiga hari. -Astro AWANI
ARAFAH: Pemasangan khemah di Arafah siap 95 peratus dan dijangka lengkap sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.
Ringkasan AI
- Pemasangan khemah jemaah haji Malaysia di Arafah kini siap 95% dan dijangka lengkap sepenuhnya dalam tiga hari, dengan kapasiti khemah bergantung kepada saiz, ada yang boleh memuatkan lebih 200 orang.
- Setiap khemah dilabel dengan nombor maktab dan nombor khemah, dan jemaah boleh menyemak lokasi khemah mereka di Arafah dan Mina melalui aplikasi TH Hujjaj tidak lama lagi.
- Persiapan ini penting susulan arahan lock down oleh kerajaan Arab Saudi semasa wukuf, dengan sekatan keluar masuk khemah selama enam jam dari jam 10 pagi hingga 4 petang, berikutan suhu dijangka mencecah 50C.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun
“Ada khemah bersaiz besar boleh memuatkan sehingga melebihi 200 orang," katanya.
Setiap khemah, ujarnya, dilabel nombor maktab dan nombor khemah.

Mohd Hisham berkata kapasiti khemah bergantung kepada saiz dengan ada yang boleh memuatkan lebih 200 orang.
“Jemaah haji akan diberi lokasi nombor khemah di Arafah dan Mina.
“Jemaah haji boleh membuat semakan melalui aplikasi TH Hujjaj dalam sedikit masa lagi," katanya lagi.
Mohd Hisham berkata demikian ketika mengadakan lawatan di setiap khemah, di sini.

Pemasangan khemah jemaah haji Malaysia di Arafah kini siap 95% dan dijangka lengkap sepenuhnya dalam tiga hari.
Persiapan khemah ini penting selepas kerajaan Arab Saudi menyarankan ‘lock down’ atau sekatan keluar masuk khemah berikutan jangkaan suhu mencecah 50 darjah Celsius menjelang wukuf di Arafah.
Sekatan tempoh enam jam, bermula jam 10 pagi hingga 4 petang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami