awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
Lawatan Modi ke Malaysia dilihat peluang luaskan perdagangan, kerjasama serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Elak jadi mangsa penipuan ejen Mujamalah

Zaiful Mohd Ariffin
Zaiful Mohd Ariffin
25/05/2025
22:50 MYT
TERKINI HAJI 2025: Elak jadi mangsa penipuan ejen Mujamalah
Tabung Haji mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan perkara berkaitan urusan haji menggunakan visa Mujamalah kerana dikhuatiri mereka boleh terjebak dengan scammer. - Gambar hiasan/REUTERS
MEKAH: Setiap tahun ada sahaja penipuan membabitkan visa Mujamalah.

Ringkasan AI
  • Visa Mujamalah Adalah Sah: Visa Mujamalah ialah kurniaan rasmi kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi tertentu, dan bukan visa yang boleh dijual secara bebas.
  • Hanya 37 PJH Diiktiraf: Permohonan visa Mujamalah perlu dibuat melalui 37 Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilantik oleh Tabung Haji dan disenaraikan di laman web rasmi mereka.
  • Awas Penipuan Media Sosial: Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap penipuan visa Mujamalah yang dipromosikan di media sosial oleh pihak tidak sah.

Mangsa penipuan semakin meningkat, susulan pelbagai promosi diadakan di media sosial.
Apakah visa ini benar-benar wujud? Dan, bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa penipuan?
Menurut Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Anuar Ahmad, visa Mujamalah adalah kurniaan kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi yang tertentu.
“Penerima visa ini dinasihatkan supaya memilih daripada 37 Pengelola Jemaah Haji (PJH) kita untuk melakukan ibadat haji, bertujuan menjamin supaya sepanjang mereka berada di Tanah Suci, kebajikan dan urusan haji dapat dilakukan dengan baik,” katanya.
Senarai 37 syarikat yang telah dilantik sebagai PJH bagi musim 1446 Hijrah boleh dirujuk di laman web rasmi Tabung Haji.
“Bagaimanapun, saya ingin mengambil kesempatan mengingatkan, ada pihak-pihak tertentu yang membuat promosi melalui media sosial, kononnya mereka ada visa Mujamalah.
“Jadi, saya sangat mengharapkan orang ramai supaya berhati-hati, sebab jika tidak, mereka boleh terjebak dengan scammer,” katanya.
Bakal haji Mujamalah atau visa haji urusan sendiri perlu melakukan permohonan melalui PJH.
Segala proses pemeriksaan kesihatan dan perkhidmatan di Tanah Suci adalah sama kecuali tidak mendapat bantuan kewangan.
Hanya TH dan 37 syarikat PJH dilesenkan untuk menguruskan ibadat haji bagi jemaah Malaysia.
Topic Berkaitan
#mangsa penipuan
#Arab Saudi
#Tabung Haji
#visa mujamalah
#Pengelola Jemaah Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami