MALAYSIA
TERKINI HAJI 2025: PENEMAN beri tumpuan 37 jemaah Malaysia uzur selesai wukuf

Mohd Na'im (tengah) berkata semua jemaah, 25 wanita dan 12 lelaki, diletakkan di bawah Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (PENEMAN). -Astro AWANI
ARAFAH: Seramai 37 jemaah haji uzur dan tanpa pengiring ahli keluarga dipastikan selamat menjalani wukuf di Arafah.
Ringkasan AI
- Seramai 37 jemaah haji uzur tanpa pengiring keluarga telah selamat menjalani wukuf di Arafah di bawah Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (PENEMAN) anjuran Tabung Haji.
- Program ini melibatkan 38 petugas khas (27 wanita, 11 lelaki) yang ditugaskan untuk membantu jemaah lanjut usia atau kurang upaya sepanjang operasi Masyair.
- Semua jemaah Malaysia dari tujuh maktab tiba di Arafah pada tengah malam Rabu, dan lawatan menteri mendapati terdapat banyak penambahbaikan dari segi khemah, kemudahan dan makanan berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, jemaah terpilih adalah daripada kalangan lanjut usia, tidak mampu menguruskan diri dengan baik, dan tiada pengiring dalam kalangan keluarga untuk membantu.
“Tabung Haji telah melakukan beberapa saringan dan temu bual telah dijalankan bagi memilih para jemaah yang sesuai untuk program ini,” katanya.

PENEMAN ialah inisiatif Tabung Haji semasa operasi Masyair.
Katanya, 38 petugas terdiri daripada 27 wanita dan 11 lelaki, diberikan amanah khas untuk mengurus keperluan mereka sepanjang operasi masyair.

Dalam pada itu, katanya, semua jemaah Malaysia dari tujuh maktab tiba di Arafah pada tengah malam Rabu (waktu tempatan).
Beliau berkata demikian selepas mengadakan ‘Jawalah’ atau lawatan menyantuni jemaah Malaysia.
Katanya, hasil lawatan juga didapati banyak penambahbaikan khemah, kemudahan dan makanan yang disediakan syarikat Masyariq Al-Masiah, berbanding tahun sebelumnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami