MALAYSIA
TERKINI HAJI 2025: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung

Allahyarham Eshah Che', 74, yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan meninggal dunia di Hospital King Abdullah, Mekah pada 5.10 petang semalam waktu Arab Saudi akibat serangan jantung.
KUALA LUMPUR: Seorang lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci menjadikan jumlah keseluruhan 14 orang setakat ini.
Ringkasan AI
- Seorang lagi jemaah haji Malaysia, Eshah Che' berusia 74 tahun dari Kelantan, meninggal dunia di Hospital King Abdullah, Mekah akibat serangan jantung, menjadikan jumlah kematian jemaah Malaysia di Tanah Suci setakat ini seramai 14 orang.
- Kematian disahkan oleh petugas kesihatan Tabung Haji dan dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
- Menteri turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan agar Allahyarham dikurniakan ganjaran haji mabrur serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
"Doa kita agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan roh orang yang beriman dan dikurniakan ganjaran haji mabrur oleh Allah SWT," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga jemaah haji Malaysia yang telah meninggal dunia di Tanah Suci.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami