Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Negeri Sembilan tarik balik dua darjah kebesaran Rais Yatim serta-merta

Sumber: BERNAMA
Tuanku Muhriz menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Rais Yatim (gambar), berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail Bernama
Advertisement

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Penarikan balik itu membabitkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) yang dikurniakan pada 2001 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) yang dikurniakan pada 1979.

“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan Pejabat Pendaftar Darjah Negeri Sembilan dan ditandatangani oleh Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim bertarikh 30 Julai 2026. 

Must Watch Video

Advertisement