[TERKINI] PM umum RM500 juta baiki infrastruktur awam terjejas banjir
![[TERKINI] PM umum RM500 juta baiki infrastruktur awam terjejas banjir [TERKINI] PM umum RM500 juta baiki infrastruktur awam terjejas banjir](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-12/41764653253_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam yang terjejas di kebanyakan negeri akibat banjir baru-baru ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum peruntukan RM500 juta untuk membaiki kerosakan akibat banjir di negeri, termasuk sekolah, klinik, kemudahan asas, dan jalan.
- Banjir tahun ini melibatkan lebih 150 pusat pemindahan sementara dan membantu lebih 12,000 mangsa, dengan penurunan jumlah mangsa di tujuh negeri.
- Belanjawan MADANI 2026 memfokus kepada pertumbuhan ekonomi, tadbir urus, dan bantuan rakyat, dengan peruntukan besar untuk keselamatan, pendidikan, dan kesihatan.
RUU Perbekalan itu telah diluluskan semalam di Dewan Rakyat selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 10 Okt lepas.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meningkatkan kesiapsiagaan dan melaksanakan tindakan sewajarnya bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dalam mendepani bencana itu.
"Banjir tahun ini menyaksikan lebih 150 pusat pemindahan sementara tambahan diaktifkan baru-baru ini, (yang) membantu lebih 12,000 mangsa," katanya.
Situasi banjir setakat 8 pagi tadi menunjukkan penurunan jumlah mangsa di tujuh negeri iaitu Selangor, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pahang dan Perlis.
Terdahulu, Perdana Menteri mengulangi bahawa kerajaan memperuntukkan RM470 bilion menerusi Belanjawan MADANI 2026 dengan tumpuan kepada memacu pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan tadbir urus dan memastikan bantuan sampai terus kepada rakyat.
Beliau berkata Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan pembangunan melalui pelaksanaan projek air, sekolah daif, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan kemudahan digital di bawah projek Kabel Dasar Laut MADANI.
Dalam aspek keselamatan dan kesiapsiagaan bencana, Anwar berkata NADMA menerima RM460 juta manakala RM2.2 bilion diperuntuk bagi pelaksanaan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara.
Beliau juga berkata Kementerian Pendidikan menerima peruntukan terbesar berjumlah RM66.2 bilion diikuti Kementerian Kesihatan sebanyak RM46.5 bilion yang merangkumi pelantikan tetap 4,500 doktor kontrak pada tahun depan.
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama dilaksanakan dalam kerangka Rancangan Malaysia Ke-13.
Bertemakan "Belanjawan Rakyat", ia memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam merangkumi RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Perbelanjaan itu turut disokong oleh pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion) serta sumbangan badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Berapakah jumlah peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membaiki kerosakan infrastruktur akibat banjir? A: RM500 juta.
- Q: Apakah tindakan yang diarahkan oleh Anwar kepada jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan berkenaan pembaikan kerosakan akibat banjir? A: Melakukan penilaian kerosakan serta melaksanakan kerja pembaikan dengan segera.
- Q: Berapakah jumlah pusat pemindahan sementara tambahan yang diaktifkan baru-baru ini untuk membantu mangsa banjir? A: Lebih 150 pusat pemindahan sementara tambahan.
- Q: Berapakah jumlah mangsa banjir yang telah diberikan bantuan di pusat pemindahan sementara sehingga kini? A: Lebih 12,000 mangsa.
- Q: Berapakah jumlah peruntukan yang diterima oleh Kementerian Kesihatan dalam Belanjawan 2026? A: RM46.5 bilion.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


