awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 asas pembentukan belia berkualiti - Mohammed Taufiq
Mayat lelaki separa reput ditemukan di Bera
Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua Masters Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Hujan tidak halang orang ramai keluar mengundi pagi ini

Bernama
Bernama
29/11/2025
00:30 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Hujan tidak halang orang ramai keluar mengundi pagi ini
Di beberapa pusat mengundi, orang ramai sudah berkumpul seawal 7 pagi dengan membawa payung, meskipun 882 pusat pengundian yang terlibat dibuka secara rasmi pada 7.30 pagi. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Hujan renyai, khususnya di sekitar bahagian Pantai Barat Sabah, terutama di sini pagi ini tidak menghalang orang ramai keluar mengundi lebih awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Tinjauan Bernama di beberapa pusat mengundi mendapati orang ramai sudah berkumpul seawal 7 pagi dengan membawa payung, meskipun 882 pusat pengundian yang terlibat dibuka secara rasmi pada 7.30 pagi.
Antara pusat pengundian yang menyaksikan kehadiran orang ramai termasuk warga emas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bahang, Penampang; SK Pekan Ansip, Sook; SK Serusup, Tuaran; dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Garam di Kinabatangan.
Seorang pengundi di SK Kokol, Tuaran, Canisius Einus, 32, berkata dia datang lebih awal ke pusat mengundi terbabit kerana perlu menemani isteri mengundi di daerah lain selepas itu.
"Saya harap orang ramai dapat keluar mengundi awal kerana ia satu kewajipan buat rakyat," katanya yang merupakan seorang guru.
Untuk memudahkan kelancaran proses pengundian, beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu orang ramai memasuki saluran pengundian dengan menyediakan kerusi roda kepada yang memerlukan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hebahan menerusi Facebook pagi ini meminta orang ramai yang mengundi pada PRN Sabah untuk merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya.
Para pengundi juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MetMalaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati berlaku tanah runtuh di laluan utama ke Pusat Mengundi SK Kokol, Tuaran, bagaimanapun pengguna jalan raya masih boleh melalui kawasan itu.
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#hari mengundi
#pusat pengundian
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan