awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permukiman Kerajaan MADANI 2026: Kos sara hidup, kemudahan urus niaga jadi keutamaan - Fahmi
Harga durian turun 50 peratus, ramai boleh nikmati musang king - Peniaga
Kemalangan bas, lori: Seorang penumpang maut, sembilan lagi parah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Jadual padat PM Anwar hari ini

Bernama
Bernama
27/11/2025
02:00 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Jadual padat PM Anwar hari ini
Antara lain, Anwar akan menghadiri Program Townhall PMX Bersama Anak Muda Inanam di BTC Bistro, Inanam pada 2.50 petang bagi mendengar aspirasi dan keperluan golongan belia. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempunyai jadual padat di sekitar Kota Kinabalu serta beberapa daerah berhampiran, merangkumi pelbagai program komuniti dan pertemuan dengan rakyat.
Lawatan beliau dimulakan dengan Temu Rapat Bersama Pimpinan Masyarakat Tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di Dewan Kebudayaan Bajau Samah, Sulaman, Tuaran pada 10 pagi.
Selepas itu, Anwar dijadual menyertai program Temu Rapat PMX Sayang Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau di Kota Marudu, kira-kira 124 kilometer dari sini.
Anwar kemudiannya akan menghadiri Program Townhall PMX Bersama Anak Muda Inanam di BTC Bistro, Inanam pada 2.50 petang bagi mendengar aspirasi dan keperluan golongan belia.
Seterusnya, Perdana Menteri akan menghadiri Karnival Harapan Urang Sabah Petagas di Tanah Lapang Berhadapan Balai Polis Petagas pada 4.30 petang dan Jamuan Makan Malam Bersama Masyarakat Cina DUN Api-Api di Putera Ballroom, Luyang pada 6.30 petang.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijangka melengkapkan lawatan beliau dengan program Grand Finale DUN Api-Api Bersama PMX di Tapak Parkir Stadium Likas di sini bermula 8 malam.
Sebanyak 1.76 juta pemilih berdaftar akan mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 Sabtu ini.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layar https://prn.bernama.com/sabah/index.php
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PRN Sabah
#Sabah
#jadual padat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan