awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan perlu baik pulih jeti di Sandakan- Vivian

Syaff Syukri
Syaff Syukri
19/11/2025
08:30 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan perlu baik pulih jeti di Sandakan- Vivian
Vivian memberi jaminan bahawa beliau akan terus membawa isu tersebut demi keselamatan dan kemudahan penduduk Sandakan. - Foto Astro AWANI
SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menegaskan bahawa isu jeti di daerah itu memerlukan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi memastikan pembinaan jeti baharu yang lebih selamat dan selesa dapat direalisasikan.
Mengulas aduan penduduk dan pengguna jeti yang mahu kemudahan lebih baik, Vivian menjelaskan, terdapat kekangan dalam bidang kuasa kerana pembinaan jeti baharu memerlukan kelulusan kerajaan negeri.
“Saya tidak mahu mengatakan isu ini berada sepenuhnya di bawah kerajaan negeri atau Parlimen, namun apa yang boleh saya jelaskan ialah kami mempunyai peruntukan RM2 juta di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR).
“Bagaimanapun, kemudahan yang boleh kami bina tetap mempunyai had kerana terdapat perkara tertentu yang tidak boleh dibangunkan, termasuk jeti,” tambahnya.
KENALI HERO SABAH ANDA DI SINI, MAIN SEKARANG!
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan Astro AWANI berhubung gesaan penduduk dan pengguna Jeti Sandakan berdekatan Pasar Umum, yang mahukan fasiliti berkenaan dinaik taraf atau pembangunan jeti baharu direncanakan.
Vivian, yang juga calon DAP bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura mengakui, Sandakan menempatkan bilangan nelayan paling ramai berbanding kawasan lain dan saiz bot serta kapal yang besar memerlukan jeti yang lebih teratur dan selamat.
Justeru, tegasnya lagi, peranan wakil rakyat di kerusi DUN Elopura adalah penting sebagai penghubung antara kerajaan negeri dan persekutuan bagi memastikan projek pembangunan seperti jeti dapat dilaksanakan dengan baik.
LAPORAN KOMPREHENSIF, CALON TUMPUAN DAN PERKEMBANGAN TERKINI PRN SABAH
Vivian turut memberi jaminan bahawa beliau akan terus membawa isu tersebut demi keselamatan dan kemudahan penduduk Sandakan.
“Saya sudah beberapa tahun berkhidmat sebagai Ahli Parlimen dan ramai komuniti mengenali saya kerana sentiasa turun padang.
“Saya akan terus perjuangkan isu ini, sama ada melalui kerajaan negeri atau pusat,” tambahnya.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah 2025
#calon PRN Sabah ke-17
#Vivian Wong Shir Yee
#suara rakyat di Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan