[TERKINI] PRN Sabah: Polis Lahad Datu aktifkan pelan bencana, pastikan proses pengundian PRN17 lancar
![[TERKINI] PRN Sabah: Polis Lahad Datu aktifkan pelan bencana, pastikan proses pengundian PRN17 lancar [TERKINI] PRN Sabah: Polis Lahad Datu aktifkan pelan bencana, pastikan proses pengundian PRN17 lancar](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/61764039232_ACPDzulbaharinIsma.jpg)
Dzulbaharin berkata, pelan tindak balas bencana telah diaktifkan dan semua aset keselamatan berada dalam keadaan siap siaga. - Astro AWANI
LAHAD DATU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lahad Datu berada pada tahap kesiapsiagaan penuh menjelang hari pengundian PRN Sabah ke-17, sekiranya berdepan risiko hujan lebat dan banjir pada 29 November nanti.
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lahad Datu siap sedia hadapi risiko banjir dan hujan lebat menjelang pengundian PRN Sabah ke-17 pada 29 November.
- ACP Dzulbaharin Ismail menyatakan pelan tindak balas bencana telah diatur dengan kewujudan pasukan khas dan aset keselamatan dalam keadaan bersedia.
- Pengundian awal di Parlimen Lahad Datu berjalan lancar tanpa masalah keselamatan, dengan 7 saluran mengundi yang melibatkan 1,827 pengundi dari 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata PDRM di Lahad Datu turut menubuhkan pasukan bencana khas untuk memastikan kelancaran proses pengundian walaupun berdepan kemungkinan cuaca buruk.
“Kita sediakan team bencana untuk memastikan perjalanan pilihan raya berjalan baik.
“Kalau ada masalah, kita akan bantu. Kita harap cuaca baik supaya rakyat boleh keluar mengundi dan menentukan wakil rakyat bagi DUN Segama,” jelasnya lagi.
Mengulas mengenai perjalanan pengundian awal hari ini, beliau memaklumkan keadaan berjalan lancar tanpa sebarang isu melibatkan aspek keselamatan.
“Cuaca baik, ramai sudah beratur. Kita harap sama pada 29 haribulan nanti.
“Jangan risau soal keselamatan, tiada isu. Jangan digembar-gemburkan. Yang penting rakyat datang laksanakan tanggungjawab dan memangkah hak mereka,” katanya.
Bagi pengundian awal di Parlimen Lahad Datu, tujuh saluran mengundi dibuka melibatkan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan 1,827 pengundi.
Ia melibatkan lima lokasi pengundian awal dengan dua lokasi dan satu saluran di DUN Tungku, satu lokasi dua saluran (DUN Silam), satu lokasi satu saluran (DUN Kunak),satu lokasi dua saluran (DUN Segama).
Bagi DUN Segama, proses pengundian awal berlangsung di IPD Lahad Datu membabitkan 651 pengundi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

