Skip to main content
Advertisement

Malaysia

[TERKINI] Rais Yatim tiba di mahkamah, dijangka didakwa bawah Akta Hasutan

Title : Rais Yatim dijangka didakwa atas Akta Hasutan   Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka bagi menghadapi pertuduhan berkaitan Akta Hasutan membabitkan krisis adat Negeri Sembilan.  Beliau yang tiba kira-kira pukul 8.40 pagi itu ditemani isteri, Puan Sri Masnah Muhamat dan anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Danni Rais.
Rais tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka, hari ini, bagi menghadapi pertuduhan berkaitan Akta Hasutan membabitkan krisis adat Negeri Sembilan. - Gambar Astro AWANI
Advertisement

AYER KEROH: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh, Melaka bagi menghadapi pertuduhan berkaitan Akta Hasutan membabitkan krisis adat Negeri Sembilan.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 8.40 pagi itu ditemani isteri, Puan Sri Masnah Muhamat dan anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klawang, Danni Rais.

Beliau dijangka akan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4 (1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Rais yang juga Pengerusi Parti Wawasan Negara dipercayai akan didakwa berhubung langkah memasyhurkan Tunku Nazaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 dalam satu majlis di sebuah hotel di Melaka pada 5 Jun lalu.

Pertuduhan itu akan dijalankan dihadapan Hakim Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Pada Julai lalu, dua darjah kebesaran Negeri Sembilan yang dikurniakan kepada Rais turut ditarik balik berkuat kuasa serta-merta atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Must Watch Video

Advertisement