awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Sabah Electricity siap siaga pastikan bekalan elektrik stabil

Bernama
Bernama
28/11/2025
23:50 MYT
[TERKINI] Sabah Electricity siap siaga pastikan bekalan elektrik stabil
Sabah Electricity akan memastikan bekalan elektrik di semua pusat mengundi dan pusat penjumlahan rasmi undi di seluruh Sabah berada dalam keadaan baik.
KOTA KINABALU: Sabah Electricity telah bersiap siaga bagi memastikan bekalan elektrik lancar dan stabil sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, syarikat utiliti itu memaklumkan pihaknya akan memastikan bekalan elektrik di semua pusat mengundi dan pusat penjumlahan rasmi undi di seluruh Sabah berada dalam keadaan baik.
"Misi kami memastikan bekalan elektrik stabil dari pemeriksaan teknikal, kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga menyediakan 'genset' (jana kuasa) bergerak, pasukan kami bersedia sepenuhnya.
"Sabah Electricity komited menyokong kelancaran proses pilihan raya untuk seluruh rakyat Sabah," menurut hantaran itu.
Sabah Electricity juga telah mengaktifkan bilik gerakan pusat sempena pilihan raya negeri kali ini, selain polis bantuan bagi meningkatkan rondaan keselamatan dan bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya untuk pemeriksaan pendawaian dalaman di pusat berkenaan.
Lebih 1.74 juta pemilih berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mengundi wakil rakyat mereka bagi PRN kali ini yang mempertandingkan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Sabah Electricity
#bekalan elektrik
#pusat mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan