awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Lebih 40,000 pelajar pedalaman manfaat MyRailLife, bergantung kepada tren KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI]: Taman Gullemard View ditutup sementara kerana hakisan sungai

Bernama
Bernama
27/11/2025
04:30 MYT
[TERKINI]: Taman Gullemard View ditutup sementara kerana hakisan sungai
Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) memaklumkan bahawa penutupan itu berkuat kuasa semalam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Kawasan pelancongan Taman Gullemard View di Kusial, Tanah Merah yang terletak di tebing Sungai Kelantan ditutup sementara kepada pengunjung berikutan kejadian hakisan cerun sungai.
Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) memaklumkan bahawa penutupan itu berkuat kuasa semalam sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Penutupan ini sebagai langkah keselamatan berikutan cerun sungai mengalami hakisan dan kini dalam tindakan MDTM.
"Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan pengunjung dan penduduk setempat," menurut kenyataan itu.
MDTM turut menghargai kerjasama semua pihak dalam mematuhi arahan itu bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di kawasan terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#banjir tanah merah
#Taman Gullemard View
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan