awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Terlalu banyak jasa Allahyarham Salahuddin" - Syed Saddiq

Astro Awani
Astro Awani
24/07/2023
02:23 MYT
"Terlalu banyak jasa Allahyarham Salahuddin" - Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memeluk seorang ahli keluarga Salahuddin Ayub sebaik tiba di kediaman ibu Allahyarham di di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, pada pagi Isnin. - Gambar Astro AWANI
PONTIAN: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi momen yang tidak dapat dilupakan ketika Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub menghubunginya semasa derah Muar dilanda bencana banjir.
Beliau yang kelihatan sayu ketika ditemui di pekarangan kediaman ibu Allahyarham di Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini, Allahyarham juga banyak menghulurkan bantuan untuk penduduk Muar.
"Jasanya terlalu banyak, saya ingat bila berkhidmat dengan dia. Salah satu perkara yang arwah selalu ingatkan saya, buat saja kerja, menang atau kalah, ketentuan Allah dan di tangan rakyat.
"Dan salah satu perkara yang saya tidak akan lupakan tentang arwah, saya tidak perlu cari dia, dia yang hubungi untuk sampaikan bantuan daripada misi banjir di Muar, saya tak ada hubungi, arwah yang hubungi saya dulu untuk bertanya apa yang diperlukan," katanya.
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang pernah berkhidmat dengan Allahyarham pada 2019 memaklumkan, Allahyarham juga seorang ketua yang tidak pernah lekang daripada menitipkan pesanan.
"Saya ingat bila saya berkhidmat dengan arwah, banyak rintangan tapi arwah selalu ingatkan buat saja kerja, jangan fikir sangat soal politik bila kita sudah berkhidmat bersama dalam kabinet.
"Arwah sangat cakna tentang isu rakyat dan saya boleh katakan arwah merupakan sahabat perjuangan yang memang banyak berjasa. Bagi diri saya sebagai anak muda berita ini sangat sukar, bila dengar berita secara tiba-tiba," kongsi Syed Saddiq dalam nada sebak.
Sebagai kenalan, Syed Saddiq tidak lupa mendoakan keluarga Allahyarham Salahuddin agar tabah menghadapi dugaan serta menempuhi tempoh sukar ini dengan tabah.
Topic Berkaitan
#Parti Ikatan Demokratik Malaysia
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#muda
#Salahuddin Ayub
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan