Kegagalan graduan menembusi pasaran pekerjaan antara lain disebabkan sikap mereka yang terlalu memilih pekerjaan.

Sesetengah mereka juga beranggapan, menceburi bidang selain apa yang dipelajari adalah satu kerugian dan sentiasa ingin mendapatkan gaji yang tinggi.

Menurut Pengerusi Karnival Kerjaya Belia Barisan Nasional, Nazir Hussin Akhtar Hussin, sikap memilih tersebut adalah punca utama lambakan penganggur golongan graduan di negara ini.

Baginya, para graduan seharusnya tidak berasa terlalu selesa dan perlu berani mencuba pelbagai bidang, bukan hanya menunggu peluang yang diingini tersedia di depan mata.

Dalam pada itu katanya,kehadiran graduan ke Karnival Kerjaya Belia Barisan Nasional kali ini dianggap memuaskan, dan berharap lebih ramai graduan dapat dibantu pada masa akan datang.

Dengan penganjuran karnival ini, para pengunjung dari golongan graduan khususnya didedahkan dengan pelbagai peluang pekerjaan selain menjadi platform bagi membantu mereka memulakan karier.