Obsesi untuk berkulit cerah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan banyak manusia mengalami kekurangan Vitamin D, termasuk dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia, kata seorang pakar.
Ketua Program Sains Pemakanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Poh Bee Koon berkata selain lebih gemar berada di dalam bangunan, rakyat Malaysia terikat dengan pemikiran bahawa kulit yang cerah adalah antara kriteria untuk kelihatan cantik.
"Mereka tidak mahu mendedahkan diri kepada sinar matahari. Kalaupun mereka keluar, mereka akan memakai sesuatu yang boleh melindung cahaya matahari seperti skrin pelindung matahari kerana percaya kulit yang cerah itu adalah kecantikan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama di luar Persidangan Saintifik ke-29 Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) di sini pada hari Selasa.
Dr Poh, yang juga ketua penyelidik South-East Asia Nutrition Survey (SEANUTS) di Malaysia, mendapati hampir separuh daripada jumlah kanak-kanak di negara ini kurang Vitamin D berdasarkan data yang dikumpul pada 2010 dan 2011.
Katanya paras Vitamin D dalam kalangan mereka yang berusia bawah 12 tahun di negara ini, hampir sama dengan paras mereka yang tinggal di negara beriklim sejuk.
"Masalah hendak sangat berkulit cerah ini bukan sahaja ada di Malaysia, tetapi juga di Thailand, Indonesia dan Vietnam, sesuatu yang menyedihkan sedangkan kita mempunyai banyak cahaya matahari sebagai sumber asli Vitamin D," katanya.
Dr Poh berkata hanya sedikit makanan mengandungi Vitamin D semula jadi, antaranya kuning telur dan minyak ikan kod.
Sementara itu, setiausaha NSM Prof Dr Norimah A. Karim berkata ibu bapa kadangkala tersalah faham bahawa mendedahkan diri kepada matahari tidak baik untuk mereka serta anak-anak dan oleh itu lebih suka tinggal di dalam rumah.
"Mendedahkan diri kepada matahari tidak mendatangkan masalah, terutama sekitar pukul 10 pagi, sebelum tengah hari. Keluarlah dan habiskan masa anda di luar rumah kerana ia sesuatu yang menyihatkan, semula jadi dan boleh mendapat Vitamin D secara percuma untuk anda dan anak-anak anda," katanya.
Kekurangan Vitamin D didapati boleh menyebabkan penyakit riket (keadaan yang menyebabkan tulang menjadi lembut dan lemah serta boleh membawa kepada kecacatan tulang), osteoporosis dan penyakit autoimun.
Bernama
Wed Jun 04 2014

Hanya sedikit makanan mengandungi Vitamin D semula jadi, antaranya kuning telur dan minyak ikan kod - Gambar hiasan

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat
FAM menyambut baik keputusan KBS membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

Terlalu ghairah hendak berkulit cerah jadi punca kurang Vitamin D - Pakar
Obsesi untuk berkulit cerah merupakan antara faktor utama yang menyebabkan banyak manusia mengalami kekurangan Vitamin D.