awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terminal bas Shahab Perdana Alor Setar bakal dinaik taraf

Bernama
Bernama
23/09/2024
07:30 MYT
Terminal bas Shahab Perdana Alor Setar bakal dinaik taraf
Operasi bas di terminal itu tidak akan terganggu sepanjang kerja-kerja naik taraf dijalankan dan premis itu dijangka berwajah baharu pada pertengahan 2025. - Gambar hiasan/ Sinar Harian
ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan sebuah syarikat kontraktor hari ini menandatangani memorandum perjanjian (MoA) untuk menaik taraf dan mengurus Terminal Bas Shahab Perdana di sini, bermula 1 Okt ini.
MoA itu ditandatangani Datuk Bandar Datuk Mohd Yusri Md Daud dan Pengarah Projek Syarikat Jasa Pedoman Sdn Bhd Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib, disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah Mejar (B) Mansor Zakaria.
Mansor berkata projek naik taraf melibatkan kos RM12 juta itu melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan Sistem Tiket Berpusat dan Sistem Operasi Terminal manakala fasa kedua pada April 2025 melibatkan kerja perubahan infrastruktur seperti pengubahsuaian dan reka bentuk semula laluan bas, ruang niaga, tandas dan lain-lain
"Usaha untuk menaik taraf ini sejak 2023 lagi tetapi kosnya terlalu tinggi jika ia dilakukan oleh MBAS sahaja, tetapi apabila ada syarikat yang berminat, menepati syarat dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik, kita sangat berbesar hati untuk bekerjasama," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi bas di terminal itu tidak akan terganggu sepanjang kerja-kerja naik taraf dijalankan dan premis itu dijangka berwajah baharu pada pertengahan 2025.
Sementara itu, Mohd Yusri berkata usaha itu bertepatan dengan usia 25 tahun terminal berkenaan selain bagi menampung permintaan orang awam yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti.
"Kita juga menyokong inisiatif Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan menyediakan bas elektrik yang akan digunakan di kawasan terminal nanti. Kemudahan dan prasarana ini sekali gus dapat merancakkan Tahun Melawat Kedah 2025 dan Mai Singgah Alor Setar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terminal bas
#Alor Setar
#Shahab Perdana
#naik taraf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan