awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terminal Feri Labuan ditambahbaik tingkat pengalaman perjalanan penumpang - Dr Zaliha

Bernama
Bernama
13/01/2025
15:45 MYT
Terminal Feri Labuan ditambahbaik tingkat pengalaman perjalanan penumpang - Dr Zaliha
Dr Zaliha (tengah) mengadakan lawatan serta perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan (Holdings) Sdn Bhd Noor Halim Datuk Zaini di TFAL hari ini. - Gambar Bernama
LABUAN: Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan mengalami penambahbaikan sebagai usaha mempertingkat pengalaman perjalanan lebih baik dalam kalangan pengembara, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
"Penambahbaikan kemudahan ini akan memastikan keselesaan pengembara menggunakan perkhidmatan feri," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke terminal berkenaan di sini hari ini.
Pada lawatan itu Dr Zaliha turut diberikan taklimat berkaitan penambahbaikan yang telah dilakukan termasuk peluasan kawasan menunggu dan pemasangan penyaman udara.
Beliau berkata usaha akan dilakukan untuk meluaskan lagi kawasan menunggu bagi menampung bilangan pengembara yang semakin meningkat dan rancangan untuk menaik taraf terminal feri lama untuk operator bot ekspres penumpang bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengembara.
"Kita perlu menangani perkara ini secara serius, melibatkan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan. Kita memerlukan data berkaitan kapasiti terminal dan trip semasa untuk membuat penambahbaikan ," katanya.
Dr Zaliha turut memaklumkan penambahbaikan melibatkan kos RM22 juta terhadap Terminal Feri Ro-Ro Labuan, dijadualkan bermula tahun ini.
"Kita telah menerima taklimat daripada Jabatan Laut Labuan dan Jabatan Kerja Raya berkaitan penambahbaikan ini," katanya sambil menambah usaha akan ditumpukan untuk mengurangkan masa menunggu, membina tanjakan untuk keluar masuk feri serta lorong khusus untuk pelbagai jenis kenderaan dan motosikal.
Beliau turut menyentuh mengenai kelewatan perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, sambil melahirkan keyakinan masalah terbabit lambat-laun akan diselesaikan.
"Perkhidmatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada Labuan, tetapi juga Sabah. Saya merancang untuk membincangkan perkara ini dengan Ketua Menteri Sabah, dan berharap dapat mencari penyelesaian sebelum penghujung tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terminal Feri Antarabangsa Labuan
#penambahbaikan
#Zaliha Mustafa
#Pengembara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan