awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teroka teknologi terkini bagi membuka peluang baharu

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
22/11/2017
11:06 MYT
Teroka teknologi terkini bagi membuka peluang baharu
WIEF kini berlangsung di Kuching, Sarawak sehingga 23 November 2017. - Astro AWANI/Hafiz Marzukhi
Teknologi baharu perlu diteroka kerana ia mampu membuka peluang baharu untuk merancakkan ekonomi.
Pegawai Media Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan di Rusia Wieam Al-Sharabi berkata tujuan utama negara tersebut melibatkan diri dalam sistem teknologi terbaharu adalah untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk mengukuhkan ekonomi.
"Sistem-sistem terbaharu seperti teknologi blockchain diteroka bukan sahaja kerana ia adalah peluang baharu tetapi juga kerana tahap keselamatan sistem tersebut.
"Dengan ini, rakyat dan pelabur yang terlibat dengan negara ini akan yakin dengan dana yang dilaburkan mereka," kata Wieam.
Beliau ditemui ketika salah satu sesi perbincangan di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) yang masuk hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Pada hari pertama WIEF, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan kepentingan menyediakan generasi muda dengan kemahiran berkaitan teknologi baharu supaya mereka boleh bersedia untuk pekerjaan yang masih belum wujud ketika ini.
Perkara tersebut turut disentuh pengasas bersama Apple Incorporated Steve Wozniak yang menggalakkan kerajaan untuk menyokong pembangunan digital di negara masing-masing.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Kuching
#pelaburan
#peluang pekerjaan
#teknologi
#WIEF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan