awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terowong Dasar Laut: Ahli Perniagaan terima RM3 juta ditahan SPRM

Hilal Azmi
Hilal Azmi
02/03/2018
12:08 MYT
Terowong Dasar Laut: Ahli Perniagaan terima RM3 juta ditahan SPRM
AZAM BAKI: Penyiasat SPRM masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan - Foto Fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi ahli perniagaan bergelar Datuk kerana dipercayai terlibat menerima wang sejumlah RM3 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.
Beliau juga meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu perjalanan siasatan kes tersebut selain memberikan masa dan ruang kepada pihaknya untuk menyiasat kes tersebut dengan terperinci.
"Suspek akan dihadapkan ke mahkamah Putrajaya untuk permohonan reman esok," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya, suspek pada awalnya meminta RM4 Juta sebagai habuan bagi menutup kes yang dalam siasatan SPRM itu.
Walaubagaimanapun, hasil rundingan, jumlah itu telah dikurangkan kepada RM3 juta.
"Pihak syarikat yang yakin dengan masalah itu mampu diselesaikan oleh suspek membuat pembayaran sebanyak RM3 juta sebagai habuan," jelasnya.
Difahamkan, suspek yang berusia 64 tahun dikatakan menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan utama projek itu selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
Ahli perniagaan itu ditahan di ibu negara kira-kira jam 3.30 petang Jumaat.
Beliau merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut itu.
Pada Selasa lalu, SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri kerana dipercayai terlibat menerima wang sejumlah RM19 juta bagi menutup kes siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#skandal rasuah terowong bawah laut
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
#terowong pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan