awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terowong, jambatan sudah dibina tapi monorel masih tiada di Putrajaya - Annuar Musa

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
28/08/2020
11:18 MYT
Terowong, jambatan sudah dibina tapi monorel masih tiada di Putrajaya -  Annuar Musa
Annuar menegaskan beliau akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu tersebut. -ASTRO AWANI / SHAHIR
“Infrastruktur monorel sudah dibina, jambatannya sudah ada, terowong pun ada tapi monorelnya tiada,” kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai masalah pengangkutan awam di Putrajaya.
Beliau mengakui selepas 25 tahun, pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu belum mempunyai sistem pengangkutan awam yang teratur dan sempurna.
Justeru, Annuar menegaskan beliau akan bertemu dengan Menteri Pengangkutan dalam masa terdekat bagi membincangkan isu tersebut.
“Kalau ada perkara lain berbangkit, kita boleh bincang juga tapi yang khususnya... Putrajaya tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang teratur, sistem perkhidmatan bas juga tidak begitu sempurna.
“Jutaan wang telah dibelanjakan tapi sistem monorel masih tiada di sana. Kita hendak bincang untuk melihat prospeknya bagaimana,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Laluan Baharu Bas GoKL Parlimen Batu-Merah Manggis di sini pada Jumaat.
Laluan Merah Manggis atau Maroon Line sepanjang 15 kilometer itu akan bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tiara Permai, menghala ke pusat bandar dan akan melalui stesen transit LRT Sentul dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sentul.
Kekerapan bas untuk laluan tersebut adalah setiap 15 minit.
Pada Januari tahun ini, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyatakan projek monorel Putrajaya yang sebelum ini ditangguhkan akan diteruskan dan dijangka siap pada 2025.
Menurutnya, pembinaan laluan monorel itu bukan hanya di Putrajaya, malah melangkaui luar kawasan membabitkan jajaran baharu terdiri daripada Cyberjaya, Bangi dan Kajang.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#bas
#Kajang
#Khalid Samad
#LRT
#Media
#menteri
#Menteri Wilayah Persekutuan
#monorel
#Parlimen
#Putrajaya
#sekolah
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan