awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tersilap tekan pedal, warga emas 83 tahun langgar kedai stesen minyak

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2025
04:30 MYT
Tersilap tekan pedal, warga emas 83 tahun langgar kedai stesen minyak
Tangkap layar dari rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian. - Gambar/ PDRM
SUNGAI PETANI: Gara-gara tersilap tekan minyak, sebuah kereta terlanggar motosikal yang diparkir menyebabkan dinding kaca berdekatan stesen minyak di Taman Cindai Jaya di sini, runtuh.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharudin Wan Ismail berkata, kenderaan dipandu seorang warga emas berusia 83 tahun itu, dikatakan baru sahaja selesai mengisi minyak di stesen berkenaan.
Bagaimanapun, kejadian yang berlaku pada jam 10.03 pagi Ahad itu tidak melibatkan kecederaan pada mangsa.
"Akibat kemalangan, bahagian hadapan sebelah kiri kereta kemek dan lampu hadapan sebelah kiri pecah manakala motosikal yang diletakkan di parkir, pecah lampu belakang, tayar dan bahagian belakang," katanya.
Menurut Wan Azharudin, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku setelah pemandu kereta selesai mengisi minyak, apabila memulakan perjalanan, pemandu dengan tidak sengaja telah tertekan pedal minyak sehingga terlanggar bahagian belakang motosikal yang diletakkan di kawasan parkir.
"Kedua-dua kenderaan terus menuju ke hadapan sehingga menyebabkan dinding kedai di stesen minyak pecah.
"Akibat kemalangan, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun kesemua yang terlibat telah dinasihatkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk melakukan pemeriksaan kesihatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rempuh stesen minyak
#warga emas
#Sungai Petani
#parkir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan