SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak menurunkan papan tanda memaparkan tulisan Jawi ‘terbalik’ yang dipasang di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas teruk dikecam banyak pihak.
Dalam masa sama, MPKj merakam penghargaan kepada penduduk yang membuat aduan berhubung perkara itu di laman Facebook rasmi PBT itu, pada Jumaat selepas menurunkan papan tanda berkenaan.
“Pihak MPKj telah mengambil tindakan berkaitan gambar papan tanda yang tular dan telah menanggalkan semula papan tanda tersebut.
“Terima kasih kepada penduduk yang telah membuat aduan,” katanya di Facebook rasmi MPKj selepas kesalahan itu mendapat banyak perhatian serta kecaman netizen di media sosial.
MPKj turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan papan tanda yang memaparkan tulisan Jawi 'terbalik' itu telah ditanggalkan dari tiang berkenaan.
Berdasarkan gambar tular, papan tanda Jalan Dana Permai, Semenyih di bawah pentadbiran PBT itu ditulis dari kiri ke kanan daripada yang sepatutnya iaitu dari kanan ke kiri, sekali gus mengelirukan orang ramai.
MPKj turut berkongsikan tangkap layar seorang pengguna Twitter bernama Mohammad Faeez Harith yang berkongsi kesilapan pada papan tanda tersebut.
Malah MPKj turut memuatnaik tangkap layar Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi yang mengulas isu sama.
“Ni la akibat bagi 'job' kat kekawan betui tak," catat Londo dengan mengakhiri komen dengan tanda pagar #MajlisPerbandaranKajang?
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 21 2022

MPKj bertindak menurunkan papan tanda memaparkan tulisan Jawi terbalik yang dipasang di beberapa kawasan selepas teruk dikecam.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

Pemandu lori ais maut rempuh papan tanda jalan
Seorang pemandu maut selepas lori muatan ais yang dipandunya terbabas dan melanggar papan tanda jalan.

Papan tanda pasar raya di Ipoh terbakar
Pengunjung sebuah pasar raya di Gugusan Manjoi di Ipoh gempar seketika apabila papan tanda di tingkat satu bangunan itu terbakar pada Sabtu.

Remaja maut motosikal terbabas langgar tiang
Mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar tiang itu yang terletak di bahu jalan.

Tiada halangan PBT di Perak guna tulisan Jawi- Exco
Sehingga kini hanya ada dua PBT di Perak yang melaksanakan pendekatan tersebut.

Panik tiada lesen, pecut langgar 'signboard'
Pemeriksaan mendapati suspek berusia 26 tahun bertindak demikian kerana tiada lesen memandu kelas D.

Teruk dikecam, MPKj turun papan tanda Jawi 'terbalik'
Papan tanda Jalan Dana Permai, Semenyih di bawah pentadbiran PBT itu ditulis dari kiri ke kanan.

Besi buruk lebih bernilai dari papan tanda sejarah Green Ridge
Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya kesal dengan tindakan pihak yang mencuri papan tanda tersebut.

Papan tanda maklumat pendaratan pertama Jepun di Tanah Melayu dipacak di LTSIP
LTSIP dipilih sebagai simbolik peristiwa penting di Kelantan dan kawasan pendaratan pertama tentera Jepun di Tanah Melayu pada 1941.

Papan tanda tulisan Bangladesh: Juwairiya kesal, mohon maaf
Juwairiya berkata, tindakan segera pembetulan sedang dilakukan berhubung perkara terbabit.

Papan tanda 'Beyond' di Astro hilang? Siapa curi?
Perkara itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan kakitangan Astro dan orang ramai.