PASIR SALAK: Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk tidak bertanding sebarang jawatan dalam UMNO termasuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
"Saya tak ada nak bertanding menjadi wakil rakyat, pengerusi GLC (syarikat milik kerajaan) dan timbalan menteri. Saya sudah merasa semua jawatan itu.
"Saya cuma hendak parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat kembali bangkit menebus kekalahan yang sudah.
"Ini bukanlah bermakna saya bersara dalam politik. Saya akan tetap teruskan perjuangan membela parti untuk bangkit semula selagi hayat dikandung badan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Gajah di sini semalam.
Tajuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, UMNO kini disifatkan dalam keadaan 'sakit' kerana parti itu masih gagal menemui rawatan sewajarnya.
Tambah beliau, kebangkitan semula parti boleh dilakukan sekiranya menemui 'ubat' yang tepat.
"Kalau esok pilihan raya, kita (UMNO) akan kalah, tetapi kita masih ada masa untuk memperkukuhkan dan memperkuatkan kerja bagi memastikan UMNO mampu bangkit dengan tindakan yang tepat.
"UMNO di dalam keadaan sekarang ini sakit, sakit tenat pula itu dan orang yang sakit kena mendapatkan ubat serta pakar yang pandai dalam mencari ubat mujarab supaya kembali sihat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata, apa yang berlaku dalam perjalanan karier politiknya bukanlah kesalahan parti.
"Tiada masalah semua itu. Saya tidak menyalahkan parti kerana apa yang berlaku pada diri saya bukan kerana parti. Yang buat salah adalah orang tertentu, kenapa parti pula yang dihukum.
"Kita perlu tahu perbezaan antara parti dengan individu. Kalau orang hari ini ada di situ, esok lusa dia dah tiada. Kalau kita buang parti bermakna habislah sedangkan kita mahu parti bangkit semula," katanya.
Tajuddin sebelum ini dilapor digantung keahlian parti selama enam tahun susulan keputusan mesyuarat MKT UMNO yang diadakan pada 30 September 2022.
Pada 21 Julai tahun lalu, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu memaklumkan sudah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun permohonannya tidak dibalas dan kemudiannya berhasrat untuk tidak merayu lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Apr 21 2024
Tajuddin bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Gajah pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.
Saman fitnah: Mahkamah perintah Tajuddin bayar kos RM120,000 kepada Khalid dan KiniTV
Mahkamah Rayuan memerintahkan Tajuddin membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.
Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada pihak cuba sabotaj rayuan
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ada pihak cuba melakukan sabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli UMNO.
Saya bukan salah seorang daripada 10 'warlord' UMNO sertai PN - Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, tidak mungkin beliau akan meninggal UMNO yang telah disertainya sejak lebih 50 tahun lalu.
PRN: 'UMNO perlu dengar suara akar umbi, bukan pengampu' - Tajuddin
UMNO perlu mendengar suara akar umbi dan menunjukkan keikhlasan sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri.
PRN: Tajuddin tidak berhasrat tanding wakili parti lain
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak berhasrat untuk bertanding mewakili parti lain bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.
"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak.
Tekad teruskan legasi cemerlang Tajuddin di Pasir Salak
Katanya, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan UMNO kembali 'bernyawa'.
Tajuddin tolak penggantungan keahliannya
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menolak penggantungan keahliannya kerana berpendapat keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu dibuat berdasarkan tohmahan dan fitnah.