TESLA merancang untuk membangunkan penggunaan bateri berasaskan besi yang lebih murah kepada versi trak elektrik semi berat dan kenderaan elektrik mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berkata, sebahagian besar trak elektrik akan berasaskan sel besi.

Musk sebelum ini telah banyak memperjuangkan teknologi bateri lithium iron phosphate (LPF) yang dikuasi oleh syarikat pembekal China.

Bagaimanapun meminta syarikat pembekal China membina kilang bateri di Amerika Syarikat (AS) adalah satu cabaran disebabkan ketegangan politik Washington dan Beijing.

Tesla berkata, dalam kertas kerjanya mengenai Pelan Induk Bahagian 3, ia akan menggunakan bateri LFP untuk trak elektrik 'jarak dekat' yang dipanggil 'semi ringan'.

Tesla Disember lalu mula menghantar trak semi elektriknya dengan jarak pemanduan yang lebih panjang iaitu 500 batu bagi setiap cas dan yang menggunakan bateri berasaskan nikel.

Tesla sebelum ini berkata, ia juga akan melancarkan versi jarak 300 batu.

Pembuat kereta itu berkata, kenderaan elektrik kecil yang dicadang akan menggunakan bateri LFP dengan kapasiti 53 kilowatt-jam (kWj) berbanding 75 kWj untuk Model Y dan Model 3.

Tesla akan mengurangkan kos pemasangan sebanyak separuh dalam kereta generasi akan datang yang akan dibina di kilangnya di Mexico dan di tempat lain.

ia juga akan menggunakan bateri LFP dalam kenderaan bersaiz sederhananya, Model 3 dan Model Y.

Pada masa ini, Tesla menggunakan bateri berasaskan nikel untuk kebanyakan kenderaan Model 3 dan Model Y yang dijual di Amerika Syarikat.

Musk menyebut kelimpahan dan harga besi yang lebih murah sebagai faktor utama mengatasi kelemahan yang menghalang penggunaan sel LFP di seluruh dunia.

Sel LFP juga cenderung kurang menimbulkan risiko kebakaran berbanding sel berasaskan nikel.

Tesla kini mendapatkan bateri LFP daripada Contemporary Amperex Technology China, yang tidak mempunyai kilang di Amerika Syarikat.

Pembekal Tesla Korea Selatan, LG Energy Solution berkata, ia merancang untuk membina bateri LFP di kilang Arizona.