awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tetak ah long: Tiga suspek direman enam hari

Sinar Harian
Sinar Harian
12/11/2021
20:15 MYT
Tetak ah long: Tiga suspek direman enam hari
Tiga individu direman enam hari bagi membantu siasatan kes tetak ah long hingga mati di hadapan sebuah restoran di Bukit Tinggi pada Sabtu lalu. -Gambar hiasan
KLANG: Tiga suspek direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang pemberi pinjaman wang atau ah long di hadapan sebuah restoran di Bukit Tinggi di sini pada Sabtu lalu.
Ketiga-tiga suspek yang merupakan warga tempatan itu direman bermula Jumaat hingga 17 November depan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan penahanan reman ketiga-tiga individu berkenaan.
"Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Klang terhadap ketiga-tiga suspek berumur 18 hingga 46 tahun itu.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah hari Sabtu, mangsa berusia 47 tahun bersama dua anak lelakinya berusia 18 dan 10 tahun sedang menuju ke kereta mereka selepas menikmati makanan di sebuah kopitiam.
Mangsa yang dipercayai ditetak dengan parang oleh dua penjenayah sempat melarikan diri di celahan kenderaan sebelum rebah, lalu maut di hadapan sebuah restoran lain.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#restoran di Bukit Tinggi
#pemberi pinjaman wang
#tetak ah long
#Shamsul Amar Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan