KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) masih belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini kerana sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, penentuan harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dan pengguna.
“Pemboleh ubah seperti kesesakan trafik, cuaca, jarak, masa, jumlah permintaan dan jumlah penawaran menentukan padanan tempahan dengan penawaran secara langsung.
“Justeru itu, harga tambang juga fleksibel mengikut padanan faktor semasa,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) yang meminta Anthony menjelaskan tentang tindakan susulan akan diambil MOT selepas pertemuan dengan beberapa pengendali syarikat e-hailing beroperasi di Malaysia.
Ia terutamanya berkaitan dengan semakan semula harga tambang yang dikatakan terlalu rendah sehingga merugikan pekerja dalam sektor gig ekonomi itu.
Mengulas lanjut, Anthony memberitahu, pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah mengadakan perbincangan dengan pemain utama industri e-hailing dan menerima beberapa maklum balas.
Menurut beliau, antara respons itu adalah syarikat-syarikat e-hailing memberi galakan kepada rakan pemandu untuk beroperasi di kawasan tumpuan melalui insentif yang ditawarkan oleh mereka bagi memenuhi permintaan semasa.
“Sebagai contoh salah satu syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing membuat penawaran insentif secara seminggu lebih awal kepada pemandu melalui notifikasi aplikasi pemandu.
“Tawaran insentif yang diumumkan boleh membantu rakan pemandu merancang waktu operasi yang sesuai dan jumlah pendapatan yang disasarkan,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 14 2023
Anthony Loke Siew Fook berkata, penentuan harga lantai tambang e-hailing adalah kompleks dan perlu diimbangi antara pemandu dan pengguna. - Gambar fail
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
China sumbang kerancakan jumlah ketibaan pelancong ke Melaka
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata sejumlah 116,055 pelancong China, melawat Melaka sejak Januari hingga April tahun ini.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Kenaikan harga lantai belian padi bantu petani di Kedah
Seorang petani berkata, walaupun hasil tuaian padi sedikit berkurangan musim ini, kenaikan harga lantai mengurangkan kerugian dihadapi.
Tetapkan harga lantai e-hailing, tambang mungkin naik - Anthony
MOT belum berhasrat untuk mengawal selia tambang e-hailing buat masa kini kerana sekiranya harga lantai ditetapkan, harga tambang kepada pengguna juga mungkin meningkat.
Kenaikan harga lantai belian padi suntik semangat petani
Kenaikan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, 13 Oktober lepas, bertujuan membantu meningkatkan pendapatan pesawah.
Belanjawan 2023: Penoreh getah lahir rasa syukur harga lantai getah naik
Jumlah kenaikan 20 sen itu sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Harga lantai pakej umrah ekonomi RM7,800, premium RM14,000
Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (Papuh) menetapkan harga lantai bagi pakej umrah ekonomi bermula daripada RM7,800 manakala pakej umrah premium atau VIP bermula RM14,000.
Umrah: Harga lantai dijangka turun seiring kelonggaran SOP pada masa depan
Antara punca kenaikan adalah disebabkan pengurangan kapasiti dari segi pengangkutan dan tempat penginapan selain syarat ujian saringan yang ketat.
Kenaikan kos ibadah umrah dijangka bersifat sementara - PAPUH
Peningkatan kos menunaikan ibadah umrah lebih RM2,000 dengan harga lantai baharu berjumlah RM6,900 bagi setiap jemaah ketika ini adalah berdasarkan kepada banyak faktor.
MOTAC nafi tetapkan harga lantai pakej umrah
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menafikan pihaknya telah menetapkan harga lantai antara RM8,000 hingga RM9,000 bagi pakej umrah.
Perak hargai bantuan musim tengkujuh pekebun kecil
Kerajaan negeri turut menyokong penuh langkah kerajaan Persekutuan menaikkan harga lantai getah skrap daripada RM2.20 kepada RM2.50 sekilogram mulai Januari 2019.
Kerajaan kaji keperluan tetapkan harga lantai petrol - Hamzah Zainudin
Kita (Kerajaan) sedang membuat kajian dahulu (untuk menetapkan) apakah harga (petrol) terendah yang boleh kita letak.