PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hari ini menafikan pihaknya telah menetapkan harga lantai antara RM8,000 hingga RM9,000 bagi pakej umrah.
Menerusi satu kenyataan, MOTAC berkata dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa kementerian telah menetapkan harga lantai bagi pakej umrah pada harga berkenaan adalah tidak benar dan boleh mengelirukan orang ramai.
"Kementerian menafikan sebarang bentuk pengumuman berkaitan harga indikator baharu pakej umrah atau ziarah. Untuk makluman, harga indikator yang pernah ditetapkan pada tahun 2016 sepertimana yang telah dipersetujui oleh anggota Majlis Kawal Selia Umrah pada ketika itu adalah pada kadar RM4,900," katanya.
Beberapa media sebelum ini melaporkan ada pihak mengatakan bahawa anggaran harga lantai bagi pakej umrah semasa kini menjangkau antara RM8,000 ke RM9,000 dengan mengambil kira kos terkini selepas pandemik COVID-19, berbanding harga lantai RM4,900 yang ditetapkan MOTAC sebelum pandemik berkenaan.
MOTAC berkata pihaknya sedang mengkaji faktor-faktor kenaikan kos susulan langkah-langkah kawalan pandemik COVID-19 yang dikenakan kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.
"Kementerian menyeru semua pihak menghentikan cubaan memanipulasi pasaran khususnya melibatkan harga perkhidmatan pakej umrah atau ziarah," kata MOTAC yang menasihatkan orang ramai berwaspada dengan tawaran pakej umrah yang meragukan pada masa ini.
Sementara itu, MOTAC berkata semua syarikat pengendali umrah berlesen dibenarkan untuk memulakan aktiviti promosi dengan memohon kelulusan iklan pakej umrah atau ziarah di bawah fasa interim selaras dengan ketetapan dan usaha kerajaan dalam menggerakkan semula ekonomi.
Kelonggaran itu diberikan sebagai persediaan awal ke arah pembukaan sempadan yang disasarkan pada Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara bagi membolehkan penggiat industri menilai serta bersedia dengan bilangan jemaah umrah yang berminat mengerjakan ibadah umrah dalam masa terdekat.
Parameter yang ditetapkan bagi kelulusan fasa interim itu antaranya membenarkan aktiviti promosi tanpa bayaran serta tidak mengikat mana-mana pihak sehingga kerajaan mengumumkan tarikh pembukaan sempadan dan proses-proses perjalanan pelaksanaan ibadah umrah dibenarkan semula bagi rakyat Malaysia.
"Kementerian berpandangan bahawa kutipan apa juga bentuk bayaran untuk perkhidmatan pakej umrah atau ziarah pada masa ini adalah tidak wajar kerana wujud ketidaktentuan penyampaian khususnya tempoh perjalanan dan perkhidmatan sebenar yang akan diterima oleh jemaah," katanya.
MOTAC berkata ia dalam proses untuk menyediakan garis panduan khusus bagi mengawalselia iklan dan pakej-pakej umrah yang akan ditawarkan kepada orang awam bagi melindungi kepentingan awam dan mematuhi kehendak Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
Kementerian mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam proses konsultasi awam secara atas talian berkaitan draf Garis Panduan Kelulusan Iklan Pakej Umrah atau Ziarah di platform Unified Public Consultation di www.upc.mpc.gov.my. bagi memastikan promosi-promosi syarikat tidak berunsurkan penipuan dan memperdaya orang ramai.
Proses permohonan boleh dibuat ke emel [email protected] berdasarkan syarat-syarat dan paramater yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 20 2021
MOTAC menafikan pihaknya telah menetapkan harga lantai antara RM8,000 hingga RM9,000 bagi pakej umrah. - Gambar fail/REUTERS
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Johor, MOTAC bincang hala tuju promosi Tahun Melawat Johor 2026
RM67.6 juta diperuntukkan bagi penambahbaikan infrastruktur dan penganjuran acara pelancongan bertaraf antarabangsa.
Dewan Rakyat: MOTAC sasar 35.6 juta pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sasaran tersebut meningkat lebih empat juta pelancong atau lebih RM22 bilion berbanding sasaran yang ditetapkan tahun ini.
Di mana Wan Saiful ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia? - Fahmi
Fahmi berkata Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional itu pernah berdiam diri ketika wartawan Al-Jazeera dihalau dari Malaysia pada 2020.
MOTAC batal lesen syarikat Emraz Travel & Tours
MOTAC memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan perenggan 8(1)(b) dan (d) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
MOTAC umum peruntukan RM200,000 kepada Parlimen Sandakan, Batu Sapi
Peruntukan itu bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya.
Pesta Angin Timur Perlis 2024 tampil 11 aktiviti baharu
Pesta Angin Timur Perlis 2024 yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 1 Mac ini bakal menampilkan 11 aktiviti baharu.
MyCEB perkukuh industri acara perniagaan melalui pertukaran idea serantau
Selepas menjalin kerjasama di Indonesia, MyCEB membuat kunjungan hormat ke Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB).
MOTAC sasar jualan RM28 juta untuk pakej My Ramadan Experience 2024
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 1,000 pakej telah berjaya dijual dan menjangkakan jumlah itu akan terus meningkat.
Exco Perlis tidak bangkit soal peruntukan khas semasa mesyuarat - Tiong
Tiong berkata, Wan Badariah juga tidak menyatakan hasrat kerajaan negeri menjayakan Tahun Melawat Perlis sepanjang program berlangsung.
MOTAC tidak pernah anak tirikan Perlis - Khairul Firdaus
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya tidak pernah menganaktirikan mana-mana negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.