KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) hanya akan menggunakan enam pemain import bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini./p
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdb Bhd (TFCSB) Mohd Sabri Abas berkata ia sebagai langkah penjimatan kelab dalam menghadapi perjalanan musim yang panjang kali ini iaitu bermula Mac hingga Mei tahun depan.
Mohd Sabri berkata tonggak sedia ada ialah Ivan Mamut, Nurillo Tukhtasinov dan Argzim Redzovic manakala tiga lagi pemain baharu akan diumumkan sebelum bermulanya sesi latihan pertengahan bulan ini.
"Kita bukan mahu penuhi kuota (pemain import) tetapi tengok kepentingan posisi pemain. Malah kita yakin pemain tempatan mampu bersaing dengan kelompok pemain import di Liga M.
"Import ASEAN juga kita tak ambil musim ini. Kekuatan TFC kita ada 'squad depth'....pemain cukup berpotensi (beraksi) di setiap posisi," katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara TFC dengan Hijraa Management Sdn Bhd di sini, malam tadi.
Dalam pada itu Mohd Sabri berkata tiga pemain muda dari pasukan Terengganu FC ll (TFC ll), termasuk Muhammad Faris Rifqi Abdul Rashid, Safwan Mazlan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili yang beraksi di posisi pertahanan, akan dinaikkan pangkat ke pasukan 'abang' (TFC) musim ini.
Menurut beliau tiga tonggak berkenaan telah menunjukkan prestasi cemerlang dan diberi peluang beraksi bersama pasukan utama musim lepas.
"Faris Rifqi bermain di posisi tengah, Safwan pertahanan tengah dan Ubaidullah juga di bahagian pertahanan. Ketiga-tiga pemain ini cukup menyerlah musim lalu.
"Malah Safwan dan Ubaidullah seringkali diberi peluang oleh ketua jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner beraksi di kesebelasan utama pasukan sepanjang musim lalu," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohd Sabri berkata TFC berjaya mengumpul 23 penajaan bernlai RM7 juta dalam bentuk tunai, barangan dan perkhidmatan musim ini dan pihaknya masih memerlukan lebih banyak penajaan untuk memperkukuh dan melancarkan perjalanan kelab bagi musim 2024/2025.
--BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024
Mohd Sabri berkata tonggak sedia ada ialah Ivan Mamut, Nurillo Tukhtasinov dan Argzim Redzovic manakala tiga lagi pemain baharu akan diumumkan sebelum bermulanya sesi latihan pertengahan bulan ini. - Foto Terengganu FC
E-sukan negara terima sokongan kerajaan - Ahmad Zahid
Industri e-sukan negara menerima khabar baik apabila Timbalan Perdana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan meneruskan sokongan kepada peserta dan penggiat sukan tersebut.
Lebih 120 mayat rakyat Palestin dijumpai di Kem Jabalia
Lebih daripada 120 mayat rakyat Palestin telah dijumpai daripada runtuhan, dua hari selepas tentera Israel meninggalkan Kem Jabalia di utara Semenanjung Gaza.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji, mulai 2 Jun hingga 20 Jun 2024.
"Safari" wukuf di Arafah, "Combat Medicine" di Muzdalifah
Pertempuran 278 petugas perubatan Tabung Haji semasa musim haji akan tempuhi fasa paling kritikal semasa Masyair apabila mereka akan lakukan "Safari" Wukuf di Arafah dan "Combat Medicine" di Muzdalifah.
Saya hanya hilang rumah, barangan tetapi di Palestin lagi teruk
Fatimah Abdullah reda dengan nasib yang menimpa akui dia hanya kehilangan rumah dan barangan tetapi tidak seperti nasib yang dialami rakyat Palestin.
423 kes di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Ketua Polis Johor Komisioner Polis M Kumar berkata jumlah berkenaan meningkat berbanding 273 kes dengan kerugian RM6.88 juta dicatatkan pada Mei tahun lepas.
Jiwai, amal roh Islam dalam pembangunan negara- PM
Rakyat dituntut agar kembali menjiwai dan mengamalkan roh Islam dalam apa jua situasi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Jun 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih 100,000 baucar buku ditebus dalam tempoh tiga hari - Fadhlina
Lebih 100,000 baucar buku telah ditebus setakat hari ini iaitu dalam tempoh tiga hari penebusan dibuka bermula 31 Mei lepas, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
TFC sah ikat Ismaheel Akinade
Pemain berusia 30 tahun itu telah menandatangani kontrak selama semusim dengan TFC hari ini.
TFC guna khidmat enam import musim ini
Ia sebagai langkah penjimatan kelab dalam menghadapi perjalanan musim yang panjang kali ini iaitu bermula Mac hingga Mei tahun depan.
Habib Haroon sah tinggalkan TFC
Kapten pasukan TFC Habib Haroon sah tidak bersama kelab itu bagi mengharungi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Penyokong minta TFC kemukakan bantahan terhadap pengadil
Penyokong TFC meluahkan rasa kecewa dengan mutu pengadilan yang didakwa berat sebelah pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Final Piala Malaysia: Padang kurang cantik, tapi tak terkopak
Keadaan hujan lebat yang turun sebelum perlawanan juga tidak menukar padang menjadi 'bendang'.