Skip to main content

Malaysia

RCI TH: Bekas CEO direman tujuh hari

PUTRAJAYA, 21 Ogos -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) tiba di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi prosiding reman berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai institusi berkenaan.  Individu berusia lingkungan 60-an itu tiba pada 9.35 pagi dengan memakai baju reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Bekas CEO Lembaga Tabung Haji (TH) tiba di Mahkamah Putrajaya, bagi pendengaran permohonan reman, hari ini - fotoBernama
Advertisement

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Perintah reman sehingga 27 Ogos itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi, selepas permohonan dibuat SPRM.

Individu berusia 60-an itu tiba di mahkamah pada 9.38 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bergari, sebelum dibawa masuk oleh pegawai SPRM.

Semalam, BH melaporkan individu terbabit dipercayai antara yang terbaharu berada dalam radar siasatan SPRM berhubung laporan RCI TH.

Sumber turut memaklumkan beliau adalah seorang ahli korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka di negara ini.

Sebelum ini, SPRM sudah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berkaitan laporan RCI berkenaan.

Mereka terdiri daripada seorang bekas CEO syarikat perkapalan, seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH.

Laporan RCI TH yang didedahkan selepas empat tahun itu mengemukakan 25 syor utama bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi berkenaan.

Antara syor utama ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebelum ini bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’.

Must Watch Video

Advertisement