KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) kepada 25 syarikat pelancongan tempatan dan anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) bagi musim haji 1445H/2024.
Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan 25 PJH itu adalah sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H.
Beliau berkata pada tahun ini kerajaan Arab Saudi meluluskan sebanyak 31,600 kuota Jemaah Haji Malaysia yang merupakan jumlah kuota penuh sepertimana yang diluluskan pada musim haji yang lepas.
"TH telah menyerahkan lesen PJH kepada syarikat yang benar-benar layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan, dan mengingatkan agar syarikat pelancongan Islam yang lain memberi komitmen penuh untuk bersama-sama membendung penipuan perkhidmatan pakej haji," katanya.
Dalam ucapan semasa majlis penyerahan lesen PJH itu semalam, Syed Saleh berkata adalah menjadi satu kesalahan sekiranya syarikat pelancongan yang tidak mempunyai lesen PJH menawarkan pakej haji serta mengelola perkhidmatan haji kerana melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995, Akta 535.
Beliau berkata bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH diminta untuk tidak menyerahkan sebarang wang deposit kepada syarikat sekiranya belum menerima surat tawaran menunaikan haji.
"Insya-Allah, surat tawaran menunaikan haji akan dikeluarkan sedikit masa lagi," katanya.
TH berharap orang ramai sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan tidak mahu kes yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini berulang apabila terdapat jemaah haji terkandas akibat ditipu oleh syarikat tidak berlesen.
Menurut kenyataan itu, senarai PJH yang menerima lesen ini boleh disemak di laman web rasmi TH (http://www.tabunghaji.gov.my).
Sebagai peringatan tambahan, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu mengerjakan haji menggunakan visa haji dan tidak menggunakan visa pelancong yang salah dari sisi peraturan Arab Saudi demi menjaga keselamatan jemaah sepanjang tempoh berada di Tanah Suci.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 07 2023
Syed Saleh berkata pelantikan 25 PJH itu adalah sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H. - Gambar fail/Bernama
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
TH terima permohonan maaf pengadu, dakwaan wang hilang selesai
TH menerima permohonan maaf daripada seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini mendakwa wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya hilang.
TH diarah perkukuh keselamatan aplikasi THiJARI
Mohd Naim berkata, TH telah membuat laporan polis berhubung dakwaan wang lesap melibatkan aplikasi THiJARI.
Pendeposit diingatkan tidak buka mesej, hantaran meragukan - TH
Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.