awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji

Bernama
Bernama
13/03/2025
07:08 MYT
TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lebih 80,000 pemohon menyatakan kesanggupan untuk membayar kos haji sepenuhnya. - Gambar fail/ AP
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Mohd Na'im berkata daripada jumlah itu, lebih 80,000 pemohon menyatakan kesanggupan untuk membayar kos haji sepenuhnya.
Beliau berkata setakat ini, 91 peratus daripada 31,600 jemaah haji yang layak telah mengesahkan akan menunaikan rukun Islam kelima itu manakala baki sembilan peratus lagi akan diisi dalam kalangan pemohon rayuan berkenaan.
"Alhamdulillah, setakat hari ini 91 peratus jemaah telah menghantar surat penerimaan (kepada TH), mereka ini sudah sahkan dan kesemua mereka telah terima tarikh penerbangan masing-masing.
"Sebanyak 91 peratus sudah bagi jawapan, jadi baki sembilan peratus itu nak diisi dalam kalangan 84,000 rayuan ini. Jadi, kita memang berharap kerajaan Arab Saudi membenarkan 10,000 kuota tambahan kepada Malaysia," katanya pada sidang media Rahmah MADANI Ramadan MAIWP: Majlis Sumbangan Kepada Pusat Perubatan dan Hospital 2025 di sini hari ini.
Mohd Na'im berkata sebelum ini, beliau telah mengemukakan rayuan kepada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji Malaysia sebanyak 10,000 lagi pada tahun ini dan pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas berhubung perkara itu.
"Saya juga tidak dapat menjangkakan bila akan mendapat maklum balas tentang penambahan kuota ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#haji 2025
#Tabung Haji
#rayuan haji
#kekosongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan