awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand akan bawa pulang rakyatnya dari Wuhan pada Selasa

Bernama
Bernama
02/02/2020
22:35 MYT
Thailand akan bawa pulang rakyatnya dari Wuhan pada Selasa
Semua rakyat Thailand yang dibawa pulang akan disaring untuk memastikan mereka bebas gejala 2019-nCoV sebelum menaiki pesawat. - Gambar hiasan
Thailand bersedia membawa pulang rakyatnya yang berada di Wuhan, China, pusat penularan wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) pada Selasa.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Chanvirakul berkata lapan pegawai perubatan termasuk doktor, pakar epidemiologi, pakar psikiatri dan jururawat akan menaiki pesawat AirAsia Thailand untuk memantau kesihatan mereka.
"Apabila mereka kembali, mereka akan diperiksa dan dikuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah," katanya pada sidang media di sini pada Ahad.
Setakat ini, 106 warga Thailand di Wuhan dan 161 di Wilayah Hubei telah dikenal pasti dengan kira-kira 140 daripada mereka telah mendaftar untuk pulang ke Thailand.
Anutin berkata semua rakyat Thailand yang dibawa pulang akan disaring untuk memastikan mereka bebas gejala 2019-nCoV sebelum menaiki pesawat.
BACA: China hantar dua pesawat bawa pulang pelancong di Malaysia, Thailand
BACA: Thailand catat kes pertama jangkitan koronavirus manusia ke manusia
BACA: Enam pesakit koronavirus dibenarkan keluar hospital di Thailand
"Sekurang-kurangnya tiga lokasi telah dikenal pasti sebagai pusat kuarantin dan Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan o-cha akan memutuskan lokasi terakhir," katanya.
Ketika ini terdapat 19 kes jangkitan 2019-nCoV disahkan di Thailand. Ini termasuk dua rakyat tempatan dengan jangkitan pertama manusia ke manusia dilaporkan pada 31 Jan apabila seorang pemandu teksi menjadi pesakit pertama jangkitan tempatan.
Setakat ini lapan daripada pesakit telah sembuh dan keluar hospital. Dari 3 Jan hingga 1 Feb jumlah pesakit di bawah siasatan (PUI) meningkat kepada 382 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#2019-nCoV
#Anutin Chanvirakul
#bawa pulang rakyat
#China
#Hubei
#jangkitan
#kuarantin
#novel koronavirus
#pesawat
#Prayuth Chan o-cha
#rakyat Thailand
#Thailand
#wabak
#warga Thailand
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan