KUALA LUMPUR: Setiap kali menjelang Thaipusam, Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves menjadi tumpuan, bukan sahaja dalam kalangan penganut Hindu yang menunaikan nazar malah pelancong antarabangsa.
Namun kali ini suasana di kuil itu jauh berbeza apabila tiada alunan muzik dan mahupun funfair susulan pandemik, selain keperluan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Tinjauan Astro AWANI sejak pukul 11 pagi mendapati, hanya gerai menjual bunga untuk upacara sembahyang dan gerai makanan sahaja dibuka.
Tidak seperti sebelum ini, sehari sebelum sambutan Thaipusam, kuil itu dipenuhi dengan orang ramai termasuk mereka yang mengambil paal kudam dan kavadi, namun situasi itu jauh berbeza.
Juga terdapat dua buah stesen pemeriksaan suhu dan daftar masuk MySejahtera di pintu masuk utama dan sebelum ke pintu ke kuil di puncak.
Meskipun ada kelainan dengan SOP, rata-rata mereka yang ditemui menyatakan selesa memandangkan tidak ada pergerakan ramai orang dan proses menunaikan paal kudam disempurnakan tidak sampai satu jam.
Bagi seorang pelajar, Komalavalli Ganasen, 29, dia yang tiba kira-kira pukul 10.30 pagi selesai menunaikan nazarnya sebelum pukul 11.30 pagi.
"Selalunya proses ini mengambil kira-kira tiga hingga empat jam, tapi hari ini saya selesai dalam tempoh kurang dari satu jam. Saya okey dengan SOP," katanya di sini, pada Isnin.
Samudeswary Chellaperumal, 34, pula memberitahu, meskpun tidak ramai orang, kemeriahannya masih terasa.
Sementara itu, seorang jurutera, Pushparajan Kanapadi, 47, berasakan kerajaan perlu meneliti semua SOP termasuk larangan masuk kepada individu yang berusia bawah 18 tahun meskipun sudah melengkapkan dua dos vaksin.
"Hari ini kami lima sekeluarga datang, namun salah seorang anak saya yang berusia 14 tahun tidak dibenarkan masuk walaupun dia sudah lengkap dua dos vaksin," katanya yang datang dari Sungai Petani.
Umavathi Ramayah
Mon Jan 17 2022

Rata-rata mereka yang ditemui menyatakan selesa memandangkan tidak ada pergerakan ramai orang dan proses menunaikan paal kudam disempurnakan tidak sampai satu jam. - Gambar/ Astro AWANI

Remaja mati otak selepas bergaduh di perlawanan bola sepak
Seorang remaja berusia 15 tahun dari Berlin disahkan mati otak akibat cedera dalam pergaduhan pada kejohanan bola sepak remaja antarabangsa di Frankfurt.

MAHB beroperasi kapasiti penuh, jangka 31,600 pengembara musim haji
Peningkatan aliran penumpang pada musim haji tahun ini diramal menyumbang kepada 12 hingga 28 peratus kenaikan dalam pergerakan jumlah penumpang bulanan bagi Malaysia.

Anwar jumpa Hajiji, Ahmad Yakob esok, usaha selesai isu air di Sabah, Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Xpats Gateway: Permohonan permit kerja ekspatriat dipendekkan dari 80 ke 5 hari - Rafizi
Sistem baharu bagi proses pas penggajian ekspatriat, Xpats Gateway, akan memendekkan proses permohonan permit kerja daripada lebih 80 hari kepada lima hari bekerja sahaja.

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM
Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Polis nafi tidak lulus permit upacara keagamaan
Polis telah memberikan kelulusan permit bersyarat untuk perarakan pedati sempena Thaipusam mini bagi upacara keagamaan penganut Hindu di Seberang Perai Selatan (SPS), dekat sini.

Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada masyarakat India
Beliau menjelaskan tidak berniat untuk menghina ataupun menyinggung perasaan mana-mana penganut agama lain.

Dua geng kongsi gelap ditahan ugut peniaga
Kedua-dua lelaki berusia 20-an itu ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian selepas pihak polis menerima laporan berhubung insiden tersebut yang berlaku pada kira-kira 4 pagi.

PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan di IJN
Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan kesihatan Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad.

Sultan Johor meriahkan sambutan Thaipusam
Perayaan Thaipusam edisi ini disambut meriah di Johor Bahru dengan ribuan penganut Hindu mula dilihat berhimpun dan membanjiri beberapa buah kuil di sekitar daerah itu, sejak 11 pagi Ahad.

PM Anwar dilaporkan tidak sihat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, Gombak, pada Ahad.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Chap Goh Mei, Thaipusam
Seri Paduka berdua berharap perayaan itu akan membawa membawa keceriaan, kesejahteraan dan keamanan kepada yang menyambutnya.

Thaipusam: Meriah tetapi perlu hati-hati - Sivakumar
Beliau meminta agar kesemua yang hadir sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan ancaman pandemik itu masih wujud.

Perdana Menteri ucap Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu
Perayaan dan budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk masyarakat Malaysia saling kenal dan membina persefahaman.

Ratusan ribu hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves
Keadaan terkawal dan lancar setakat ini dengan upacara keagamaan penganut Hindu dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.