awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
35 tokoh pelbagai bidang terima lantikan Ahli Majlis Pengakap Negara
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Threads menguji ciri memuat naik karangan panjang seakan di X

Amanz
Amanz
29/08/2025
02:40 MYT
Threads menguji ciri memuat naik karangan panjang seakan di X
Threads kini sedang menguji ciri membenarkan pengguna menulis artikel panjang di platformnya.
SEBELUM Twitter, X dan Threads cara paling popular berkongsi karangan panjang ialah dengan menulis blog. Medium blog kini sudah kurang popular tetapi masih ramai ingin membaca karangan panjang bagi membincangkan idea kompleks yang memerlukan lebih daripada beberapa ratus aksara untuk diterangkan.
Threads kini sedang menguji ciri membenarkan pengguna menulis artikel panjang di platformnya. Apabila digunakan, petikan pendek karangan panjang akan dipaparkan dalam tingkap kecil berwarna kelabu. Artikel panjang kemudiannya boleh dibaca dengan menekan tingkap kecil ini. Ciri ini ditemukan oleh @rpn seorang pengguna Threads.
Sokongan memuat naik artikel panjang ini mirip dengan ciri Articles yang disokong di X sejak tahun lalu. Di X, Articles hanya boleh digunakan pelanggan Twitter Premium+ dengan ia dilihat sebagai cara menjadikan X sebuah laman berita. Walaupun Articles sudah lama dilancarkan, jarang sekali melihat ia digunakan pelanggan Premium+.
Topic Berkaitan
#Threads
#karangan panjang
#X
#blog
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan