KUALA TERENGGANU: Pemain bintang Korea Selatan, Jang Jonghyun melakar hatrik manakala penyerang negara Faizal Saari menjaringkan dua gol untuk meraikan kemenangan Pasukan Hoki Terengganu (THT) yang menewaskan TNB Thunderbolts 8-1, dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL), petang semalam.
THT, bermain di gelanggang sendiri, - Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu - tidak dapat dihalang apabila menjaringkan gol menerusi Muhammad Marhan Jalil seawal minit kelapan, Shello Silverius (minit ke-13); Faizal Saari (minit ke-22, ke-60), Jang Jonghyun ( ke-24, ke-50, ke-59); dan Fitri Saari (ke-56).
TNB berjaya menjaringkan gol saguhati menerusi Akmal Azaman pada minit ke-21 menerusi pukulan sudut penalti.
Dengan kemenangan itu, THT berjaya mengumpul 13 mata daripada lima perlawanan manakala TNB Thunderbolts kekal dengan empat mata
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023
Jang Jonghyun (kiri) dikejar pemain TNB Thunderbolts Mohamad Redzuan Nor Mohamad pada aksi Liga Hoki Malaysia 2023 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Batu Buruk semalam. --fotoBERNAMA
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
TNB cipta sejarah rangkul gelaran 'treble' buat julung kali
TNB melengkapkan musim 2024 dengan bergaya apabila memenangi kejuaraan ketiga selepas menewaskan juara bertahan THT 4-2.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Piala TNB: THT, TNB buat perhitungan di final
Pasukan Hoki Terengganu unggul menempah slot final Piala TNB 2023 setelah mencatat kemenangan agregat 8-2 ke atas skuad UiTM HA-KPT.
THT pertahan kejuaraan Divisyen Premier MHL
Terengganu Hockey Team (THT) mengesahkan kejuaraan Divisyen Premier MHL buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan TNB 3-2.
THT terus ungguli tangga teratas carta MHL, tewaskan Maybank 3-2
Juara berganda musim lepas Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus mengungguli tangga teratas Liga Hoki Malaysia (MHL) apabila menewaskan Maybank 3-2 pada aksi MHL pada Sabtu.
THT berpesta gol, benam TNB Thunderbolts 8-1
THT menjaringkan gol menerusi Muhammad Marhan Jalil, Shello Silverius, Faizal Saari, Jang Jonghyun dan Fitri Saari.
LHM: THT, Maybank teruskan momentum kemenangan
Aksi di Stadium Hoki Bertam menyaksikan pasukan juara Piala Sumbangsih, THT, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Nurinsafi 7-1.
Jong Hyun wira THT pertahankan Piala Sumbangsih MHL 2023
THT berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Sumbangsih dalm saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 selepas menundukkan TNB 4-3.
TNB padam hasrat Trebel THT, muncul juara piala TNB
TNB menewaskan THT bagi menidakkan kemaraan pasukan itu yang sebelum ini menjulang Piala Sumbangsih dan muncul juara Liga Hoki Malaysia.
Hoki: THT juara Piala Sumbangsih 2022
Pasukan Hoki Terengganu (THT) muncul sebagai juara Piala Sumbangsih saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2022 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2.