awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak

Bernama
Bernama
11/01/2026
13:00 MYT
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
Teh Kok Lim berkata kuari berkenaan telah dihentikan operasinya sepenuhnya selepas gagal mematuhi arahan langkah mitigasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Tiada sebarang aktiviti pembalakan atau kuari sedang dijalankan di Teluk Akuan, Manjung. Sebaliknya, insiden pencemaran yang dilaporkan berpunca daripada runtuhan tanah di kawasan beban atas kuari lama akibat hujan lebat luar biasa.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak, Teh Kok Lim, berkata kuari berkenaan telah dihentikan operasinya sepenuhnya selepas gagal mematuhi arahan langkah mitigasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini.
Katanya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen pengoperasian dan menumpukan sepenuhnya pada kerja mitigasi di bawah pemantauan JAS.
"Hasil siasatan mendapati runtuhan tanah di kawasan beban atas menyebabkan aliran lumpur mengalir ke persisiran pantai sebelum memasuki Teluk Akuan.
"Kejadian ini berpunca daripada faktor semula jadi, iaitu taburan hujan tinggi dalam tempoh singkat, selaras dengan fenomena perubahan cuaca," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Teh menegaskan bahawa dakwaan kononnya terdapat aktiviti pembalakan atau kuari yang masih berjalan adalah tidak berasas, dan kerajaan negeri akan memantau kerja mitigasi secara berterusan bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta keselamatan penduduk setempat.
Sebelum ini, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) mendakwa Teluk Akuan masih tercemar akibat aktiviti kuari walaupun operasi telah dihentikan pada 2021, dengan laluan air dan pantai dipenuhi tanah merah dan batu-batu, serta air terjun berhampiran turut terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti kuari
#Teluk Akuan
#Jabatan Alam Sekitar JAS
#Teh Kok Lim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan