awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bakteria SE dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi - JPV

Bernama
Bernama
02/04/2021
02:19 MYT
Tiada bakteria SE dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi - JPV
JPV juga menasihati pengguna supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, tidak retak, disimpan di tempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Tiada bakteria Salmonella enteritidis (SE) dikesan di ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Menurut JPV keputusan itu diperoleh selepas ujian dijalankan ke atas sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman yang diambil dari ladang ayam penelur tersebut.
"Program pemantauan Salmonella ke atas 276 ladang ayam penelur seluruh negara dipertingkatkan bagi mempastikan bekalan dan keselamatan telur yang dipasarkan," kata JPV dalam kenyataan di sini hari ini.
JPV juga menasihati pengguna supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, tidak retak, disimpan di tempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan.
Katanya pencemaran SE boleh berlaku di peringkat ladang disebabkan amalan penternakan kurang baik, aspek biosekuriti dan kebersihan ladang atau di sepanjang rantaian pemasaran disebabkan pengendalian telur kurang bersih.
Dilaporkan baru-baru ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan beberapa pengimport untuk menarik balik telur dari Linggi Agriculture di Malaysia (CEM 014) selepas mengesan adanya SE dalam produk terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#telur
#Bakteria
#SE
#salmonella
#ladang ayam
#JPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan