awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada bukti kukuh pertuduhan pecah amanah babitkan Ahmad Zahid - Peguam

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
07/09/2021
07:46 MYT
Tiada bukti kukuh pertuduhan pecah amanah babitkan Ahmad Zahid - Peguam
Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri prosiding sambung bicara kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhujah pihak pendakwa raya tidak mempunyai kes 'prima facie' dalam 12 pertuduhan pecah amanah yang dikenakan terhadap Presiden UMNO itu berhubung transaksi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dihadapinya.
Ini kerana buku cek peribadi Ahmad Zahid dan Yayasan Akalbudi dipegang oleh setiausaha eksekutifnya ketika itu, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly.
Peguam, Hamidi Mohd Noh dalam hujahan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah di sini hari ini berkata daripada 52 cek tersebut, sebanyak 44 cek adalah berkait dengan cek dikeluarkan daripada YAB melalui akaun Affin Bank Berhad. Mazlina katanya telah mengeluarkan cek yang telah ditandatangani Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lebih awal dan membawa cop yang terdapat tandatangan Ahmad Zahid tanpa pengetahuannya.
Hamidi dalam hujahannya turut membahagikan pengeluaran 52 cek itu kepada empat bahagian:
  • Cek yang dicop. Cek tersebut tidak mempunyai tandatangan tulisan tangan tertuduh. Terdapat 32 cek seperti itu.
  • Cek yang tidak dihantar untuk analisis tandatangan.
  • Cek yang telah tertuduh tandatangan terlebih awal. Saksi Pendakwaan 90 (Mejar Mazlina) menggunakan cek yang telah ditandatangani lebih awal untuk membuat bayaran yang tidak diketahui tertuduh. Terdapat 10 cek seperti itu.
  • Cek yang memiliki tanda tangan tertuduh yang memihak kepada penerima cek
[TERKINI] Perbicaraan kes DS Zahid Hamidi diteruskan
BACA: 47 pertuduhan adalah 'penindasan berlebihan' terhadap Ahmad Zahid - Peguam Hamidi turut memberitahu mahkamah, Mazlina mempunyai kawalan terhadap buku cek tersebut dan dia mengakuinya dalam pemeriksaan balas sebelum ini. “Beliau juga memegang kunci laci tempat di mana buku cek itu disimpan. Tertuduh (Ahmad Zahid) tidak mempunyai akses,” katanya. Katanya lagi, pihak pendakwaan juga terlalu bergantung kepada Mazlina untuk membuktikan kes mereka tetapi beliau terbukti tidak boleh dipercayai, tidak kompeten dan sangat cuai. “Pihak pendakwaan belum membuktikan kes prima facie untuk CBT (pecah amanah) dan tertuduh berhak dibebaskan,” ujarnya. BACA: Zahid Hamidi sepatutnya diberi imuniti daripada didakwa - Peguam Dalam hujahan Hamidi, beliau memberitahu dalam pemeriksaan balas, Mazlina telah bersetuju dengan pembelaan bahawa tandatangan cop Ahmad Zahid hanya boleh digunakan untuk sijil dan kad ucapan Hari Raya. Semasa perbicaraan, Mazlina memberi keterangan bahawa Ahmad Zahid mengizinkannya untuk menggunakan cop yang ada replika tandatangannya pada cek Yayasan Akalbudi untuk menyelesaikan bil kad kredit. Mazlina berkata bahawa cop itu akan digunakan ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu berada di luar pejabat, menghadiri perjumpaan atau di luar negara. Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan - 12 melibatkan CBT, lapan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit milik Yayasan Akalbudi. Hujah pembelaan bersambung esok.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#kes rasuah
#Yayasan Akalbudi
#Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan