Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek berkata setakat ini tiada cubaan anggota kumpulan Abu Sayyaf atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menceroboh masuk ke kawasan pesisir pantai timur Sabah.
Beliau berkata keadaan keselamatan di kawasan itu yang dikenali sebagai Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) adalah terkawal dan terjamin.
Zon tersebut merangkumi 10 daerah meliputi jarak 1,733.7 kilometer dari Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Sehubungan itu Mohammad meminta orang ramai, bertenang dan tidak sesekali percaya kepada khabar angin yang boleh mengeruhkan keadaan.
"Berdasarkan risikan yang diperoleh ESSCOM, setakat ini tiada cubaan untuk menceroboh masuk oleh kumpulan Abu Sayyaf atau MNLF seperti didakwa. Oleh itu, saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak berasas termasuk melalui media sosial," menurutnya dalam kenyataan di sini Selasa.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ancaman serangan pihak asing.
Khalid berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai dakwaan mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan).
Mohammad berkata kawalan keselamatan di ESSZONE diperketatkan termasuk bilangan rondaan pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin.
"Kita juga meningkatkan pengawasan dan kawalan di pos-pos keselamatan bukan sahaja di pos kawalan di pulau tetapi juga di pos kawalan daratan," katanya.
Selain itu, Mohammad berkata ESSCOM, yang dipertanggungjawab menyelaras agensi pertahanan dan keselamatan di ESSZONE, mewujud dan menempatkan Pasukan Tindakan Pantas di beberapa tempat strategik bagi memintas bot atau kumpulan tertentu yang cuba memasuki perairan negara ini untuk melakukan jenayah penculikan.
"Pewujudan Pasukan Tindakan Pantas ini juga bertujuan untuk memastikan tidak berlaku atau mengelak sebarang pencerobohan.
"Bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di kawasan maritim kita, aset pertahanan dan keselamatan seperti kapal terbang dan helikopter turut digunakan," katanya.
Justeru, Mohammad memberi amaran kepada mereka yang cuba bersekongkol dengan pihak musuh, termasuk memberi maklumat kepada kumpulan yang ingin atau cuba menceroboh masuk untuk tujuan aktiviti penculikan, supaya tidak berbuat demikian kerana tindakan tegas akan dikenakan.
Bernama
Tue Dec 17 2013
Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: MAS, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak
Syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia membatalkan beberapa penerbangan di antara Kuala Lumpur dengan Sabah dan Sarawak susulan letusan Gunung Ruang, Indonesia, pada Khamis.
Bursa Malaysia bertukar positif dalam dagangan awal selepas dibuka rendah
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.17 mata kepada 1,541.59 daripada 1,540.42 semasa ditutup pada Rabu.
Pantau Belanjawan: Pacu pendapatan tinggi melalui FDI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata laporan daripada Pejabat Penyelidikan Makroekonomi Asean+3 (Amro) mengenai pertumbuhan ekonomi Malaysia baru-baru ini telah menonjolkan potensi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2030, dipacu oleh peningkatan dalam aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI). Bergerak ke hadapan, apa yang perlu dilakukan oleh Malaysia untuk keluar daripada perangkap pendapatan sederhana serta menggerakkan usaha menjadi negara berpendapatan tinggi?
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 10 April
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok, dilanjutkan sehingga 10 April ini.
Abu Sayyaf: Pasukan komando UTK digerakkan ke pantai timur Sabah
Tahap keselamatan di pantai timur Sabah akan dipertingkatkan termasuk menggerakkan satu pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menangani isu berkaitan kumpulan Abu Sayyaf.
Pembuat bom Abu Sayyaf sah masih hidup - ESSCom
Pembuat bom yang juga sub ketua kumpulan Abu Sayyaf, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei lepas di Filipina, disahkan masih hidup.
ESSCOM keluarkan 20 senarai suspek dikehendaki terbabit kes penculikan
ESSCOM hari ini mengeluarkan senarai terkini 20 individu warga Filipina yang dikehendaki kerana terbabit dalam kes penculikan untuk wang tebusan.
Kerajaan bangun pelan tindakan kebangsaan, tangani fahaman pelampau keganasan
Kerajaan sedang membangunkan Pelan Tindakan Kebangsaan Bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (NAPPCVE).
Abu Sayyaf: Pemilik ladang perlu pastikan pekerja memiliki dokumen pengenalan diri - Polis
Hazani berkata, jika sukar memastikan pekerja memiliki dokumen yang sah, pemilik ladang perlulah mencari jalan untuk mendokumentasikan sendiri buruh mereka.
Dua anggota Abu Sayyaf maut, 11 ditahan rancang culik pemilik ladang kelapa sawit
Polis Keselamatan menggagalkan cubaan kumpulan militan Abu Sayyaf untuk melakukan penculikan untuk tebusan ke atas pemilik ladang kelapa sawit di sekitar Sandakan.
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan.
Mesej Abu Sayyaf tangkap, potong anggota badan penduduk tidak benar - ESSCom
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menafikan dakwaan berlaku kejadian kumpulan Abu Sayyaf menangkap penduduk kampung dan memotong anggota badan.
Rumah jadi lokasi serang hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap polis dimusnahkan
Enam rumah di kawasan hutan di belakang Taman Sri Arjuna, Beaufort yang menjadi lokasi serangan hendap pengganas Abu Sayyaf terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimusnahkan.