awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada cubaan culik murid sekolah di daerah Gombak - Polis

Bernama
Bernama
29/09/2022
12:24 MYT
Tiada cubaan culik murid sekolah di daerah Gombak - Polis
Polis berkata siasatan dijalankan, selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 43 tahun pada Selasa dan semalam.
KUALA LUMPUR: Hasil siasatan terperinci polis mendapati, tiada cubaan culik seperti yang dilaporkan berlaku di tiga sekolah rendah di daerah Gombak dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata siasatan dijalankan, selepas pihaknya menerima tiga laporan daripada dua wanita dan seorang lelaki berusia 32 hingga 43 tahun pada Selasa dan semalam.
Beliau berkata mereka diberitahu anak masing-masing berusia tujuh dan sembilan tahun, mengenai terdapat cubaan menculik oleh lelaki tidak dikenali semasa berada di luar sekolah.
"Polis mengambil tindakan sewajarnya dengan mengenal pasti saksi penting membabitkan beberapa individu termasuk pengadu, rakan sekolah mangsa, pengawal keselamatan, warden lalu lintas, guru besar serta Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya kesemua saksi mengesahkan tiada sebarang perlakuan seperti yang dilaporkan.
Noor Ariffin meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi, terpengaruh atau menyebarkan berita yang tidak sahih yang boleh menggugat ketenteraman awam, kerana boleh didakwa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, tular di media sosial satu surat daripada pengurusan sebuah sekolah berhubung dakwaan cubaan menculik melibatkan sebuah sekolah di Batu Caves, Selangor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cubaan culik
#kes culik
#daerah Gombak
#sekolah
#Polis Daerah Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan