KUALA LUMPUR: Seramai 33 warga asing yang disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan sah ditahan di sebuah universiti swasta di Semenyih, Isnin lepas.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata pendatang tanpa izin yang ditahan itu bekerja sebagai tukang cuci serta tukang kebun dan terdiri daripada 27 warga Indonesia, empat rakyat Pakistan selain masing-masing seorang warga Bangladesh dan Nepal.
Beliau berkata hasil risikan mendapati kesemua pendatang tanpa izin berusia lingkungan 22 hingga 67 tahun itu bekerja dari 7 pagi hingga 4.30 petang dalam kawasan universiti berkenaan.
"Hasil maklumat risikan diperoleh, pekerja warga asing ini bekerja di universiti ini lebih kurang dua tahun dan tidak pernah memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) serta tiada dokumen pengenalan diri.
"Syarikat menggajikan warga asing ini juga dikatakan tidak pernah memohon PLKS bagi pekerjanya dan tujuh saman saksi dikenakan ke atas pengurus serta penyelia di syarikat tersebut bagi mengesan majikan sebenar," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Saman saksi merujuk kepada yang notis diberikan kepada individu terbabit untuk hadir ke Jabatan Imigresen bagi tujuan siasatan.
Khairul Dzaimee berkata semasa serbuan dilakukan, pendatang tanpa izin itu cuba melarikan diri dengan memanjat bukit di belakang bangunan asrama pelajar dan ada antara mereka cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan membuka pakaian seragam serta menggantikan dengan pakaian biasa.
"Ada juga bersembunyi di dalam bilik kecil namun segala usaha pendatang tanpa izin ini berjaya dipatahkan dengan tindakan pantas anggota yang melakukan serbuan.
"Kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, langgar syarat pas dan kesalahan lain yang melanggar Akta Imigresen," katanya.
Beliau berkata mereka akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata pendatang tanpa izin yang ditahan itu terdiri daripada 27 warga Indonesia, empat rakyat Pakistan selain masing-masing seorang warga Bangladesh dan Nepal. - Gambar fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rumah terbuka santunan kasih syawal TPM
Rumah Terbuka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjadi tradisi bagi merai dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan Astro AWANI berkesempatan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akta laut wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Pengusaha stesen minyak terima ugutan digesa lapor kepada polis - Menteri
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Kilang terbakar, empat pekerja melecur
Beliau berkata kebakaran di bahagian tangki simpanan serbuk tepung itu bagaimanapun telah terpadam sebelum pasukan bomba tiba di kilang terbabit.
JPJ Pulau Pinang pergiat operasi kesan pemandu warga asing tanpa lesen
JPJ Pulau Pinang memandang serius kesalahan memandu kenderaan tanpa lesen kerana ia menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini.
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
Polis lepas lima das tembakan amaran ke arah kenderaan bawa PATI
Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan amaran setelah sebuah kereta yang dinaiki enam individu memecut laju ketika pemeriksaan polis.
Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' di sekitar ibu negara
Antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.
Dua lelaki warga Myanmar bebas tuduhan bunuh penyelia
Keputusan itu diperolehi setelah mendengar keterangan saksi dan membaca hujahan kedua-dua pihak.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.