awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada ejen, orang tengah uruskan permohonan permit masuk - JIM

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2023
06:15 MYT
Tiada ejen, orang tengah uruskan permohonan permit masuk - JIM
JIM mengesan beberapa tawaran di media sosial menawarkan khidmat untuk urusan permohonan permit masuk. - Gambar/ FB Jabatan Imigresen Malaysia
SHAH ALAM : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengingatkan orang ramai bahawa tiada ejen atau orang tengah yang dilantik bagi sebarang urusan permohonan permit masuk.
JIM dalam kenyataan kepada Sinar Harian menegaskan bahawa mana-mana individu agar tidak mudah percaya sebarang tawaran perkhidmatan daripada pihak tidak bertanggungjawab dengan mengenakan sebarang bayaran.
Menurutnya, maklumat mengenai prosedur permohonan dan bayaran-bayaran yang dikenakan boleh dirujuk di portal rasmi JIM.
"JIM tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk urusan sebegini.
"Orang ramai diminta berhubung atau merujuk terus ke jabatan untuk sebarang urusan dan tidak menggunakan khidmat pihak ketiga dan sebagainya," katanya pada Ahad.
Tambah JIM, orang ramai juga boleh menyemak untuk sebarang pertanyaan berkaitan urusan imigresen dengan menghubungi Sistem Pertanyaan Online (SPO), https://eapp.imi.gov.my atau layari portal rasmi JIM https://www.imi.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut.
Sebelum itu, JIM mengesan beberapa tawaran di media sosial menawarkan khidmat untuk urusan permohonan permit masuk. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#permohonan permit masuk
#jabatan imigresen
#scam
#amaran penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan