Tiada pembabitan kumpulan kongsi gelap dalam isu penerokaan tanah yang didakwa secara haram oleh pekebun durian Musang King di daerah Raub, kira-kira 233 kilometer dari sini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan.
Mengesahkan perkara itu, beliau berkata banyak pertanyaan diterima polis berhubung kemungkinan wujudnya unsur gengsterisme dalam isu berkenaan termasuk jika ada pihak yang terlibat diugut anggota kumpulan gelap.
"Saya ingin mengesahkan bahawa tiada satu pun laporan yang diterima setakat ini berkaitan ugutan atau jika ada pihak yang dipengaruhi atau dikatakan dinasihati oleh kumpulan gengster sehingga menimbulkan ketakutan dalam diri mereka.
"Saya menasihatkan mana-mana pihak untuk membuat laporan polis jika berlaku kejadian yang tidak sepatutnya dalam isu itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan 30 unit kereta peronda baharu Honda Civic 1.8s kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pahang.
Abd Jalil juga berkata setakat ini, terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) hadir ke balai polis bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dalam isu tersebut, namun tiada laporan polis dibuat.
Isu penerokaan tanah bagi penanaman durian Musang King bermula selepas kerajaan negeri Pahang mula menguatkuasakan notis pengosongan tanah pada awal Ogos lalu terhadap mereka yang didakwa membuka kebun secara haram.
Bagaimanapun, operasi penguatkuasaan itu kini ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan terhadap permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan 111 pekebun terlibat yang akan didengar 28 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 08 2020

Abd Jalil berkata banyak pertanyaan diterima polis berhubung kemungkinan wujudnya unsur gengsterisme dalam isu berkenaan termasuk jika ada pihak yang terlibat diugut anggota kumpulan gelap. - Gambar fail

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
[TERKINI] Pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai
Ikuti pengumuman calon bertanding di PRK DUN Pelangai oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
UNGA ke-78: Malaysia kutuk tindakan pencerobohan Rusia di Ukraine
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencari penyelesaian konflik antara Rusia dan Ukraine.Jelas Anwar, konflik yang berterusan tanpa sebarang rundingan aman diantara dua buah negara itu membawa kepada krisis makanan dunia.

19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak dibina di seluruh negara
JSJ Bukit Aman akan menambah sebanyak 19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di seluruh negara bagi menangani kes-kes seksual dan penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Polis tahan 102 wanita warga asing bekerja jadi GRO
Polis turut merampas antara lain 44 keping lesen perniagaan, 27 pembesar suara, 22 mikrofon, 16 amplifier, 85 botol minuman keras pelbagai jenama, dan wang tunai berjumlah RM12,885 dalam operasi itu.

19 tahun lolos, suspek rogol akhirnya dicekup
Polis berjaya menyelesaikan kes rogol yang berlaku pada tahun 2003 dengan tertangkapnya suspek terbabit.

Video individu diseksa renjatan elektrik berlaku di luar negara
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video tersebut kerana dikhuatiri ianya mampu mencetuskan kegusaran.

Tonto dalam tindakan PDRM
Tindakan tonto yang memerhati dan mengekori setiap pergerakan anggota JPJ memberi cabaran kepada pihak berkuasa terbabit untuk menjalankan tugas.

PDRM, ASEANAPOL tingkat risikan buru sindiket penipuan dalam talian di Kemboja
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara bagi mengesan ahli kumpulan sindiket berkenaan.

Hina Nabi Muhammad, polis siasat pemilik akaun FB 'Uthaya Sankar SB'
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Uthaya Sankar SB berhubung hantaran yang mempunyai unsur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW pada 7 April lalu.

Data DNA bantu polis tangkap suspek kes rogol 12 tahun lalu
Polis menahan seorang lelaki semalam bagi membantu siasatan kes rogol seorang remaja perempuan di sebuah bengkel di Sungai Pinang, Balik Pulau, Pulau Pinang, yang berlaku 12 tahun lepas.

Tiada siasatan baharu ke atas Dr Mahathir - Polis
Kali terakhir beliau dipanggil PDRM ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir Tommy Thomas.