awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada halangan bazar Ramadan dalam kawasan masjid - MB Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
21/02/2022
12:24 MYT
Tiada halangan bazar Ramadan dalam kawasan masjid - MB Perak
JAIPk tahun lalu memberi kebenaran tapak bazar Ramadan di dalam kawasan masjid dengan syarat mendapat khidmat nasihat daripada PBT di daerah masing-masing. - Gambar hiasan/ Bernama
IPOH: Bazar Ramadan boleh dianjurkan di dalam kawasan masjid di Perak selagi ia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan syarat yang ditetapkan, ujar Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Bagaimanapun katanya, penganjuran bazar berkenaan perlu terlebih dahulu mendapat persetujuan oleh jawatankuasa masjid seperti prosedur biasa sebelum ini.
"Tempat itu hendaklah dipersetujui oleh jawatankuasa masjid dan mempunyai lesen yang perlu diperoleh daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Walaupun dulu PBT tidak mengenakan bayaran lesen, tetapi lesen tetap kena dapatkan untuk tujuan itu (bazar Ramadan)," katanya.
Saarani berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak, di sini pada Isnin.
Katanya lagi, urusan tapak dan lokasi yang bersesuaian juga bergantung kepada jawatankuasa masjid.
"Tiada masalah (bazar Ramadan), cuma tapak itu bergantung kepada keputusan jawatankuasa masjid yang berkenaan," katanya lagi.
Tahun lalu, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memberi kebenaran membuka tapak bazar Ramadan di dalam kawasan masjid dengan syarat mendapat khidmat nasihat daripada PBT di daerah masing-masing.
Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata perkara itu diserahkan kepada jawatankuasa masjid untuk mengadakan perbincangan dengan PBT.
Ia sekali gus menggalakkan pihak masjid menganjurkan bazar sepanjang bulan Ramadan sebagai satu aktiviti dan sumber ekonomi kepada masjid dalam tempoh pandemik.
Topic Berkaitan
#Perak
#Bazar Ramadan
#Aidilfitri
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan